ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Z Proto tampil dengan gaya retro moden

Berita Global

Views

Sejak lebih sedekad Nissan 370Z dilancarkan, ia masih lagi tiada pengganti memandangkan jualannya tidak begitu memberangsangkan. Namun itu bukan penghalang Nissan untuk menggantikan model ikonik tersebut dan mereka telah mempertontonkan model generasi baharu dengan gaya retro moden, dikenali sebagai Z Proto.

Model ini menampilkan warna badan kuning terang yang mengimbau kembali kepada nostalgia kereta asalnya. Sentuhan gaya retro turut disuntik pada rekaan cermin sisi pada hud dan juga lampu LED berbentuk titisan air mata yang mengingatkan kita kepada model JDM 240ZG pada era 70an.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Jeriji berbentuk segi empat tepat diinspirasikan dari model generasi sebelumnya, manakala garis bumbungnya pula diilhamkan dari kereta Z klasik. Reka bentuk belakang kelihatan lebih moden kerana ia diinspirasikan dari model 300ZX dengan rekaan jejalur LED yang dikelilingi latar belakang hitam, menjadikan nyalaan lampunya cukup terang.

Selain itu, ia dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 19-inci, sistem dwi ekzos dan juga beberapa komponen yang diperbuat daripada gentian karbon. Menurut ketua pereka Nissan, Alfonso Albaisa, para perekanya membuat begitu banyak kajian serta lakaran dan membuat keputusan gaya reka bentuk Z Proto sepatutnya merentasi antara dekad, termasuklah generasi masa depan.

Dari segi saiz, Z Proto berukuran 4382 mm panjang, 1,849 mm lebar dan 1,311 mm tinggi. Ia menjadikan 5 inci lebih panjang, 5 mm lebih lebar dan 5 mm lebih pendek berbanding dengan model 370Z. Ruang dalamannya pula tampil dengan gaya moden dengan paparan kelompok instrumen digital berukuran 12.3-inci serta sistem infohiburan moden.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Buat masa ini Nissan tidak mendedahkan terlalu banyak perincian, namun kata mereka kabin Z Proto sangat ideal untuk kegunaan di jalan raya mahupun di litar lumba. Menurut mereka, ia akan dikuasakan oleh enjin turbo-berkembar V6 yang disambungkan kepada transmisi enam-kelajuan manual.

Nissan masih belum berahsia mengenai penjana model ini, namun menurut mereka ia mempunyai lebih kuasa berbanding model terdahulu. Besar kemungkinan enjinnya akan dipinjam dari model Infiniti Q60 Red Sport 400 yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda dan 474 Nm daya kilas.

Ketua pakar produk Nissan, Hiroshi Tamura berkata, Z Proto lebih berkuasa dan tangkas. Tambah beliau, ia direka untuk mencipta hubungan dengan pemandu supaya kereta itu menjadi ‘teman berdansa’ di sepanjang pengembaraan mereka. Nissan juga masih belum mengumumkan bilakah model produksinya akan tiba.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply