Pengedar sah Mercedes-Benz di Malaysia, NZ Wheels Sdn Bhd, menambah satu lagi outlet Mercedes-Benz Autohaus di Lembah Klang setelah merasmikan pembukaan cawangan pengedar di Setapak, baru-baru ini.
Pengerusi Eksekutif & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, NZ Wheels komited untuk memberikan ketenangan fikiran buat pelanggan-pelanggannya melalui produk berkualiti tinggi dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
NZ Wheels Setapak Autohaus merupakan outlet keempat mereka dan kemudahan 2S baharu ini akan melengkapkan kemudahan NZ Wheels Bangsar Autohaus 1S yang sedia ada. Tambah SM Nasarudin, outlet Setapak dilengkapi dengan peralatan dan peralatan diagnostik Mercedes-Benz yang terkini dan dikendalikan oleh Pakar Perkhidmatan Bertauliah Mercedes-Benz yang dilatih secara profesional.
Fasiliti 2S (servis dan alat ganti) ini juga mematuhi konsep Sistem Penyampaian Mercedes-Benz Autohaus II (MPS II) selaras dengan konsep pengalaman pelanggan global dan identiti korporat. NZ Wheels Setapak Autohaus dibina di atas kawasan seluas 13,866 kaki persegi dan mempunyai kawasan binaan dengan keluasan 9,200 kaki persegi.
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
Pusat servisnya mempunyai lima ruang kerja mekanikal serta satu ruang penjajaran, dan mampu menampung sehingga 250 kenderaan sebulan untuk pembaikan am dan khusus. Selain itu, 10 kakitangan terlatih yang berpengalaman dalam bidang teknikal, perkhidmatan dan alat ganti akan menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
Kemudahan ini terletak di No. 14, Jalan Usahawan 5, 53300 Setapak, Kuala Lumpur dan untuk pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 03-4144 5500. Waktu operasi bermula dari jam 8.30 pagi -5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8.30 pagi – 1.00 tengah hari pada hari Sabtu.
Untuk maklumat lanjut layari www.mercedes-benz.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
KOMEN TERKINI