OMODA 5 telah berjaya meraih penarafan keselamatan penuh lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP). SUV tersebut mencatat markah tinggi dalam kategori Penumpang Dewasa, Penumpang Kanak-Kanak, Pengguna Jalan Raya Yang Terancam dan Bantuan Keselamatan.
Prestasi tinggi OMODA 5 dalam ujian ini adalah berasaskan tumpuannya kepada kualiti serta keperluan dan kehendak pengguna, di mana ia diambil kira semasa peringkat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan reka bentuk.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
OMODA 5 bukan sahaja mencatat kemajuan yang signifikan dalam struktur badan, konfigurasi keselamatan serta aspek lain. Ia juga telah menjalankan pengesahan pembangunan adaptif dalam persekitaran dan keadaan jalan raya yang berbeza di seluruh dunia.
Ini termasuk kelulusan Ujian Tri-Extreme, yang dijalankan dalam keadaan ekstrem suhu rendah (<-40°C), suhu tinggi (hampir 50°C) serta ketinggian 5,200 meter.
78 peratus daripada badan OMODA 5 diperbuat daripada keluli kekuatan tinggi yang mampu menahan tekanan sehingga 1,800 MPa.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Badan tersebut telah direka dan dihasilkan dengan teliti untuk mengekalkan struktur keseluruhannya tanpa berubah bentuk sekiranya berlaku perlanggaran.
Selain itu, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) menggabungkan 16 fungsi, termasuk kawalan jelajah adaptif, untuk memaksimumkan keselamatan dan keselesaan pemandu serta penumpang.
Didorong oleh pengiktirafan taraf global keselamatan dan kualiti, OMODA 5 melangkah ke pentas antarabangsa dengan keyakinan baharu.
Setakat ini, SUV tersebut telah dilancarkan di China, Kuwait, Israel dan beberapa pasaran lain, dan akan menuju ke banyak lagi negara dan wilayah pada tahun akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI