ARKIB

KATEGORI

Buletin

OMV duti eksais baharu – Harga kereta CKD dijangka naik 8 hingga 20 peratus

Berita Tempatan

Views

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) termasuk jenama nasional berpotensi meningkat lapan hingga 20 peratus sekiranya pengiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais baharu dikuatkuasakan tahun hadapan.

Berita Harian melaporkan, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata harga baharu kenderaan CKD yang lebih tinggi tidak dapat dielakkan, jika kerajaan berhasrat melaksanakan kadar pengiraan baharu yang memasukkan lain-lain kos pembuatan ke dalam duti eksais bermula 2023.

Bagaimanapun, katanya, MAA telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menilai semula struktur baharu yang dilihat akan membebankan pengguna dan menjejaskan daya saing pasaran automotif tempatan.

Kata beliau, MAA meminta kerajaan menilai semula pengiraan baharu OMV duti eksais. Pihaknya mengharapkan kerajaan mengembalikan semula struktur lama yang tidak mengambil kira lain-lain kos pembuatan untuk membendung kenaikan harga atas jalan kenderaan CKD.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Perkiraan baharu duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Disember 2019.

Aishah berkata, struktur pengiraan baharu yang akan dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKRM) itu ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung tahun ini, namun jika ia tidak dinilai semula, pastinya akan memberi kesan kepada penawaran harga kenderaan CKD.

Katanya, OMV adalah nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dipasang dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.

Kertas cadangan sudah dihantar kepada MOF dan pihaknya menantikan jawapan dari kerajaan kerana perkara ini sangat penting kepada industri. MAA mengharapkan dasar lama dikembalikan di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Mengulas mengenai pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berakhir 30 Jun ini, beliau menjelaskan, MAA akan mengemukakan cadangan kepada MOF tidak lama lagi supaya kerajaan dapat melanjutkan tempoh ‘cuti cukai’ untuk tempoh tertentu.

Katanya, cadangan berkenaan dibuat selepas menilai impak COVID-19 dan kesan kekurangan cip semikonduktor yang belum menemui titik noktah.

Selepas AGM ini, MAA akan menghantar surat kepada MOF supaya mempertimbang lanjutan pengecualian cukai selepas mengambil kira isu ahli MAA yang masih berdepan dengan krisis bekalan cip semikonduktor. Jadi, selepas ini, pihaknya akan menunggu keputusan yang akan dibuat kerajaan.

Aishah berkata, bagi lanjutan pengecualian cukai yang berakhir akhir Jun ini, semua kenderaan yang terbabit perlu didaftarkan sebelum tempoh berkenaan dengan lanjutan penyerahan perlu dibuat selewat-lewatnya 31 Julai 2022.

Tambah beliau, jika kenderaan diserahkan kepada pembeli melepasi tarikh 31 Julai 2022, maka harga termasuk SST akan dikenakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply