ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan – 120 individu kena tolak motor sejauh 6km

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seramai 120 penunggang dan pembonceng motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan, di Taiping, semalam, diarahkan menolak kenderaan masing-masing itu selama kira-kira sejam ke Balai Polis Batu Kurau.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Difahamkan, mereka terpaksa menolak motosikal sejauh kira-kira enam kilometer dari lokasi operasi berkenaan di Jalan Besar Jelai berdekatan Kampung Jelai. Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata operasi itu diadakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, bermula jam 5 petang.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Dalam operasi dijalankan 14 pegawai dan anggota polis itu, beliau berkata, 42 motosikal disita serta 134 saman Pol 257 dikeluarkan. Jelas beliau, sebanyak 98 motosikal diperiksa dalam operasi itu, namun tiada tangkapan dibuat mengikut mana-mana peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka juga didapati tidak melakukan kesalahan lain seperti jenayah dan narkotik. Difahamkan, antara kesalahan dikesan ialah modifikasi keterlaluan, terutama pada bahagian ekzos, selain tiada nombor plat pendaftaran dan nombor plat pendaftaran tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian dan Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply