ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan – 78 saman dikeluarkan, 8 buah motosikal disita

Berita Tempatan

Views

Menurusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Polis Trafik Kuantan memaklumkan satu Op Samseng Jalanan telah dijalankan malam tadi di beberapa lokasi sekitar daerah Kuantan bagi mencegah aktiviti berkenaan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan yang diketuai oleh Inspektor Faizal Basri dengan kekuatan tujuh orang anggota menyertai operasi semalam.

Dalam operasi ini, sebanyak 78 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan seramai enam orang lelaki telah ditahan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Lapan buah motosikal telah disita dan dua orang penunggang sempat melarikan diri. Hasil dari operasi ini juga, seramai 52 orang telah dikompaun atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan kerana melakukan kesalahan keluar tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Kuantan

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply