ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan : Geng rempit “Stone Cold” terciduk

Berita Tempatan

Views

Polis Trafik Kuantan menerusi satu hantaran di laman Facebooknya telah memaklumkan, satu operasi samseng jalanan telah diadakan semalam di sekitar Jalan Bukit Setongkol (Stone Cold) dengan kekuatan seorang pegawai bersama sembilan orang anggota.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Operasi ini diadakan bagi mencegah aktiviti lumba haram di kalangan remaja dan belia di sekitar kawasan perumahan tersebut. Hasil dari aduan awam yang diterima, aktiviti yang tidak bermoral ini sering mengganggu ketenteraman di kawasan kejiranan kerana bunyi bising motosikal sekumpulan ‘mat rempit yang kurang menggunakan akal’.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dalam operasi ini, seorang lelaki ditahan di bawah Sek 42(1) APJ 1987 kerana menunggang secara berbahaya dengan aksi berdiri di atas motosikal dan mengangkat tayar hadapanwheelie”. Selain itu, sebanyak 70 keping saman dikeluarkan dan empat buah motosikal disita di bawah Sek 60 APJ 1987 kerana mengubahsuai struktur kenderaan (ekzos).

Dalam masa yang sama, BSPTD Kuantan menasihati orang ramai agar menjauhi aktiviti yang tidak bermoral ini. Selain itu, para ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Kuantan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply