ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi jualan, servis dan pengeluaran Toyota dan Lexus disambung semula

Berita Tempatan

Views

Bermula 16 Ogos 2021, kerajaan telah membenarkan beberapa aktiviti ekonomi dan perniagaan untuk menyambung semula operasi setelah terpaksa dihentikan sejak 1 Jun 2021 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan dengan itu, Toyota dan Lexus kini kembali beroperasi dan mereka amat mengalu-alukan kelongggaran sekatan yang yang sememangnya memberi kesan kepada perniagaan mereka sejak dua bulan lalu.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K., pembukaan semula pusat jualan membolehkan mereka untuk terus mara ke hadapan dan membantu memulihkan kembali ekonomi negara ini.

Tambah beliau, pihaknya memahami betapa seriusnya untuk mencegah penularan COVID-19 dan akan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP), syarat serta garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pihaknya juga telah pun melaksanakan pelbagai SOP di bilik pameran dan pusat servis, antaranya mengimbas suhu badan, pendaftaran dengan MySejahtera, penggunaan cecair sanitasi tangan dan pelitup separuh muka dan sentiasa melakukan kerja pembasmian kuman di premis.

Pemilik kenderaan yang menghantar kenderaan ke pusat servis juga perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Selain itu, pembayaran secara nirtunai turut digalakkan dan penjarakan fizikal sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Ravindran K. menambah, pembukaan semula ini turut membolehkan mereka menyiapkan segala tempahan terdahulu.

Dua kilang pemasangan dan yang berkaitan dengan UMW Toyota Motor akan kembali beroperasi dengan kapasiti tertentu mengikut jumlah pekerja yang lengkap dos vaksinasi, dengan kapasiti penuh dibenarkan sekiranya lebih daripada 80 peratus pekerja telah divaksinasi.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, pihak syarikat sedang giat melaksanakan program vaksinasi dan semua kakitangan mereka telah menerima dan akan menerima vaksin mereka dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai situasi semasa, beliau berkata pihaknya masih lagi menerima tempahan yang menggalakkan meskipun jumlah jualan pada bulan Jun dan Julai mengalami penyusutan.

Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, mereka kini merancang pelbagai model baharu dan bersiap sedia untuk melakukan pemasangan tempatan untuk Kenderaan Elektrik Hibrid Toyota.

Tambahnya, walaupun sudah dua bulan telah tertangguh, mereka kini sedang meneruskan perancangan tersebut seberapa cepat yang mungkin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply