ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023, Honda Jazz dipercayai ‘kereta klon’ kena sita

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta dipercayai di ‘klon’ berjaya dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023 di Plaza Tol Setul di Seremban, malam tadi.

Menurut Harian Metro, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi itu pihaknya menahan kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki ketika sekatan jalan raya berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurutnya, JPJ akan menyita kereta itu dan sekiranya didapati bersalah pemandu boleh didenda sekurang-kurangnya RM10,000 di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila ditawarkan sesebuah kenderaan di bawah harga yang sepatutnya yang tidak munasabah kerana kemungkinan ia adalah kenderaan klon.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Mereka merasakan kenderaan itu masih boleh diguna pakai tetapi ia sebenarnya tidak sah untuk berada diatas jalan raya dan membahayakan pengguna itu sendiri.

Katanya, pihaknya juga dapat mengesan pengguna jalan raya yang menyalah gunakan nombor kenderaan yang diubah suai. Mereka yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang mengelirukan juga turut disaman.

JPJ juga menahan sebuah kereta yang sudah tamat tempoh cukai jalan dinaiki beberapa warga Bangladesh dalam operasi itu. Tambahnya, JPJ Negeri Sembilan akan meneruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan – kredit JPJ Negeri Sembilan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply