ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi kilang Proton bakal berhijrah ke Tanjung Malim

Views

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan akhirnya mengesahkan segala khabar angin mengenai perpindahan perpindahan operasi kilang pemasangan Proton di Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim yang kerap disebut-sebut sebelum ini. Beliau berkata demikian kepada Bernama dan dijangka proses penghijrahan tersebut bermula pada tahun hadapan.

Perpindahan operasi ini bakal meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran selain manjadikan operasi kumpulan berpusat di tempat yang sama. Selain itu ia bakal membuka 10,000 peluang pekerjaan. Mengenai kerjasama strategik antara Proton dengan beberapa syarikat pengeluar asing, beliau berkata ia perlukan bagi memastikan Proton terus mampu menghasilkan kereta yang lebih berkualiti selain melebarkan pasaran ke peringkat global.

Selain itu, perkongsian strategik membolehkan Proton untuk memulihkan prestasi serta mengembalikan keyakinan pelanggan kepada jenama tersebut. Ia juga akan membantu membiayai penyelidikan dan pembangunan model baharu Proton kerana bakal rakan strategik asing yang disenarai pendek mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil, sekaligus menjadikan Proton lebih berdaya saing.

Kerjasama tersebut dijangka bakal dimuktamadkan sebelum pertengahan tahun ini. Proton telah menyenarai pendek tiga pengeluar kenderaan asing yang bakal menjadi rakan strategik bagi mempertingkatkan daya saingnya di peringkat global. Buat masa ini Proton hanya mengeluarkan 200,000 unit kenderaan setahun dan ia tidak cukup untuk Proton terus berkembang.

Kerajaan tidak akan masuk campur dalam urusan Proton kerana ia kini merupakan syarikat persendirian dan mereka bebas membuat hala tujunya sendiri. Namun begitu, kerajaan akan terus memantau perkembangan Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

print screen video safety360 - bahagian 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • berita yang amat ditakuti oleh staf2 proton shah alam yg fight tooth n nail nak dok shah alam jugak. hijrahlah..walaupun jauh skit nak pi disko2 kat KL tu..


  • Masa dapat loan RM1.5b dari G antara syarat2 nya adalah dapatkan partner luar, bangunkan tanah Shah Alam, & pindah operasi ke Tg Malim. Bagi saya semua keputusan ni profit oriented dan dan rationalised operation cost. Pekerja yang tak mahu pindah tu mungkin VSS la jawabnya. Saya setuju tanah di Subang/Shah Alam dibangunkan oleh DRB-HICOM. Boleh kukuhkan aliran tunai syarikat. Selain tu DRB-HICOM masa bid Proton ni dulu pun diorang dah aim nilai tanah kilang tu.


    • Yep.! Nilai tanah kilang Shah Alam dah meningkat 5 hingga 6 Kali ganda berbanding 10 tahun lalu. Segala keputusan menguntungkan DRB, PHB pinjam 1.5b, kemudian saham PHB naik, DRB jual PHB pada syarikat luar, syarikat luar tanggung hutang anak syarikatnya(PHB). Kemungkinan kilang shah alam telah diambil alih oleh DRB sejak memiliki PHB pada 2012.


    • pindah kilang bukan mcm pindah rumah.. nak pindah rumah pn ada org kata susah.. nak register anak sekolah lah… tukar alamat surat menyurat lah etc…


  • BIASALAH DRB MESTI NAK DUIT PELABURAN DIORG DALAM PROTON. SO JALAN TERBAIK BANGUNKAN TANAH SHAH ALAM BERBILLION DOLLAR GDV. SO PROTON BOLEH CONCENTRATE KAT TANJUNG MALAM DAN REDUCE COST. ACCTUALLY ITS GOOD ECONOMIC DECISION. HOPEFULY THE PLAN WILL WORK. THE STAF HAS TO SACRIFICE FOR THE SURVIVAL OF PROTON BADGE.

Leave a Reply