ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operator kilang maut motosikal dirempuh pemandu mabuk

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pemandu mabuk dalam kejadian di Kilometer 4, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di Kajang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, kereta Mercedes-Benz yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari pekan Kajang menghala ke Plaza Tol Lekas.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol itu melanggar dari arah belakang sebuah motosikal jenis Modenas dinaiki seorang lelaki berusia 37 tahun.

Tambahnya, rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian. Beliau berkata, menurut saksi yang melihat kejadian memaklumkan kereta itu dipandu laju dalam keadaan ‘zig-zag’ selepas melepasi Plaza Tol Lekas sebelum merempuh motosikal mangsa.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Katanya, ujian alkohol dilakukan terhadap pemandu itu mendapati kandungan alkohol melebihi paras dibenarkan. Semasa disoal siasat, pemandu terbabit mengaku ada meminum minuman keras sebelum kejadian.

Tambahnya lagi, pemandu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply