ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops Bersepadu Tahun Baharu Cina 2020 dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena perayaan Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan tahun 2020 yang bertemakan “Pandu Cermat, Sampai Selamat”.

Acara yang berlangsung Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Tapah (Arah Utara) telah dirasmikan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. Menurut laman Facebook rasmi Ministry of Transport Malaysia, kempen pada tahun ini merangkumi 4 program utama iaitu program pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan bersekali dengan pemantauan dan penilaian.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya mengenai keselamatan jalan raya terutama pada musim perayaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya selain mengawal selia pergerakan kenderaan bagi mengurangkan keselamatan lalu lintas.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Operasi bersepadu ini akan bermula pada 18 Januari sehingga 2 Februari dengan melibatkan beberapa agensi penguatkuasa antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), PLUS, MIROS, Jabatan Kecemasan dan Trauma di bawah kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Turut hadir dalam majlis ini YB Datuk Abdul Yunus bin Jamahri, Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak; YBhg. Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; Ketua Polis Perak; Ketua Pengarah JKJR; Pengerusi MIROS; Pengerusi PLUS Malaysia; dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply