ARKIB

KATEGORI

Buletin

Orang ramai perlu lapor kepada polis mulai 25 April jika ingin pulang semula ke bandar

Berita Tempatan

Views

Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, orang ramai yang berada di kampung halaman dan berkeinginan untuk kembali semula ke rumah masing-masing di bandar diminta untuk melaporkannya kepada polis secara dalam talian menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau di balai berdekatan mulai 25 April ini.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut Astro Awani, laporan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat diri, lokasi terkini, tempat yang mahu dituju dan jumlah keluarga bagi melihat pergerakan tersebut daripada kawasan atau zon. Bagaimanapun beliau berkata, perkara tersebut masih dalam kajian dan kemungkinan pergerakan pulang ke kediaman masing-masing bakal berlaku bermula 1 Mei nanti.

Tambah Ismail Sabri, pihaknya akan melihat berapa ramai yang akan kembali ke kediaman atau bandar tempat mereka kerja dan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Namun, ia perlu mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu dan buat masa ini, perkara tersebut masih di peringkat kajian.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Beliau berkata, selain membuat laporan dalam talian, ia juga boleh dibuat di balai polis berdekatan, namun memerlukan temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku perkumpulan dalam jumlah yang ramai. Ismail Sabri berkata, kerajaan memahami keresahan atau kerisauan dalam kalangan mereka yang meninggalkan rumah atau keluarga di bandar yang terkandas di kampung.

Keinginan untuk pulang itu semakin tinggi selepas pihaknya telah mengumumkan kelonggaran kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagimanapun, kata Ismail Sabri lagi, dua senario mempunyai sedikit perbezaan kerana pihaknya tahu berapa jumlah pelajar IPT dan status kesihatan mereka berbanding mereka yang berada di kampung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply