ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Otai masih berbisa – Akio Takeyama bakal berentap di S1K

Sukan Permotoran

Views

Inilah yang dinamakan ‘otai masih berbisa’! Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor merangkap Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR, Akio Takeyama yang turut berlumba dalam Vios Challenge bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Sepang 1,000 km (S1K) yang bakal berlangsung hujung minggu nanti.

Beliau akan memandu kereta Toyota Vios bernombor 39 dengan corak warna pasukan “Toyota GAZOO Racing Malaysia” yang telah dipersiapkan oleh Wing Hin Motorsports. Kereta ini dan sebuah lagi jentera lumba akan bersaing di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini di dalam kelas MTC bagi kereta produksi diubahsuai dengan kapasiti di bawah 1,600 cc menggunakan enjin talaan TRD dan casis Toyota Vios yang sediakan dikemudahan Wing Hin di Balakong, Selangor.

Ketua Wing Hin Motorsports, Simon Loh sangat yakin jentera-jentera berkenaan akan memberi saingan sengit di dalam acara tahun ini berikutan prestasi membanggakan pasukan berkenaan di dalam perlumbaan sama tahun lalu.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Katanya, dengan data-data berharga yang dikumpulkan tahun lalu, begitu juga dengan alatan-alatan baharu yang mereka perolehi hasil kerja sama dengan TRD serta pengalaman luas bekas pemandu pembangunan Toyota GAZOO Racing, Akira Iida yang akan menjadi pemandu pasukan tahun ini, beliau percaya mereka mempunyai pakej yang mampu memberi saingan sekali lagi.

Perlumbaan Sepang 1,000 km telah menjadi penanda aras tersendiri di dalam kalendar perlumbaan litar di negara ini yang bakal menyaksikan sejumlah 70 kereta berasaskan model produksi yang ada di Malaysia akan berada di kedudukan grid permulaan.

Jelas Simon, S1K bukanlah hanya tentang kepantasan, sebaliknya apa yang lebih penting ialah keserasian kerjasama sebagai sebuah pasukan, merencana strategik dengan berkesan serta mengekalkan fokus pemanduan disepanjang perlumbaan tersebut. Dengan rakan kerjasama yang baik seperti Toyota, TRD, minyak pelincir Moty’s dan Motec, kedua-dua jentera sepatutnya mampu berada dalam kedudukan teratas sekiranya dapat mengelak daripada sebarang kejadian di dalam litar.

Turut membawa bersama pengalaman luasnya ke dalam pasukan bagi tahun ini ialah pemandu lagenda jentera touring Jepun, Akira Iida. Dengan enam kali sebagai penamat di dalam perlumbaan Le Mans 24-hour, peranan Akira juga sangat penting di dalam membangunkan sisi daya saing Toyota GAZOO Racing, terutamanya untuk siri Japan Super GT.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Beliau juga merupakan anggota penting bagi pasukan ROOKIE Racing yang membangunkan jentera lumba Toyota 86 untuk Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda dan anaknya, Daisuke Toyoda bagi Perlumbaan Super Endurance 24-hour di Fuji Speedway, awal tahun ini.

Bagi perlumbaan S1K, Akira Iida akan berkongsi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemandu bersama Akio Takeyama dan William Ho yang turut berlumba di dalam Toyota GAZOO Racing Vios Challenge. Sementara itu, kereta kedua bagi pasukan Wing Hin Motorsports pula akan dikendalikan oleh Boy Wong dan Dannies Ng.

Dengan kesungguhannya terhadap sukan permotoran, penyertaan Akio Takeyama di dalam S1K dilihat sebagai cara untuk beliau mendapatkan lebih banyak jarak di dalam litar perlumbaan bagi memperhalusi lagi kemahirannya untuk berlumba bersama nama-nama besar lain yang turut akan memberi saingan. Kata Takeyama, dengan hanya berlumba di dalam Vios Challege untuk dua musim setengah setakat ini, menyertai S1K akan menjadi sesuatu yang sangat baru dan menyeronokkan baginya.

Beliau melihatnya sebagai peluang untuk mencabar kemampuan sendiri di dalam litar. Selain itu, beliau juga ingin mempelajari seberapa banyak input berharga daripada ahli dalam pasukan seperti Iida dan William Ho. Perlumbaan S1K akan bermula sekitar tengah hari 23 November 2019 dengan bendera penamat dijangka akan dikibarkan sekitar jam 9 malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply