ARKIB

KATEGORI

Buletin

P-hailing – Nak dapat lesen vokasional, kena carum PERKESO

Berita Tempatan

Views

Pekerja p-hailing yang ingin mendapatkan lesen vokasional disyaratkan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata lesen itu tidak akan diluluskan jika tiada caruman menerusi SKSPS dibuat.

“Memang betul, selepas ini kita akan syaratkan kalau nak dapat lesen vokasional, dia (penunggang p-hailing) kena mencarum, bermaksud dia tak boleh lepas, nak dapat ini (lesen jika tidak mencarum).

“Prasyaratnya ialah SKSPS mesti ada,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Pegangkutan Jalan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat semalam.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) yang bertanyakan sama ada langkah kerajaan mewajibkan pekerja p-hailing memiliki lesen vokasional akan memberi nilai tambah kepada golongan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, keputusan supaya pekerja p-hailing memiliki lesen terbabit semestinya memberi nilai tambah antaranya memastikan semua penunggang kompeten dari aspek pemanduan bagi menjaga keselamatan serta pemahaman peraturan jalan raya.

“Sebenarnya kita pun sudah mula mensyaratkan semua syarikat iaitu mengenakan caruman dengan PERKESO. Malah sebagai permulaan kerajaan bayar 80 peratus (caruman) manakala baki 20 peratus ditanggung oleh penunggang p-hailing.

“Sebab itu kita komited memastikan ada jaringan keselamatan sosial untuk melindungi mereka kerana apabila berlaku kemalangan, sekurang-kuranganya mereka dibantu. Inilah cara kita membantu,” katanya.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 serta dua lagi RUU lain berkaitan kawal selia komuniti p-hailing.

Dua RUU lain yang diluluskan itu adalah RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 dan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022.

Tiga RUU yang dibentang itu adalah bagi memberi punca kuasa kepada Kementerian Pengangkutan mengawal selia komuniti p-hailing.

Menurut naskhah biru yang dikeluarkan Parlimen, kenderaan p-hailing, bermaksud suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj setiap barangan itu yang mana perkiraan, penempahan atau transaksi dan caj perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih disediakan suatu perniagaan pengantaraan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply