ARKIB

KATEGORI

Buletin

P2SA, PDA gembira dengan prestasi Perodua 2019, berjanji akan terus komited

Berita Tempatan

Views

Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan Persatuan Pengedar Perodua (PDA) menzahirkan ucapan tahniah kepada Perodua atas pencapaian rekodnya tahun lepas dan mengesahkan lagi komitmen mereka kepada syarikat tersebut.

Semalam, Perodua telah mengumumkan jualan sebanyak 240,341 unit kenderaan pada 2019, menguasai hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia yang dianggarkan sebanyak 604,775 unit. Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (+5.8 peratus) berbanding 2018, sekali gus menjadi angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat tersebut.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Presiden P2SA En Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perodua atas pencapaian ini kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada eko-sistem automotif Malaysia secara ketara, kerana semua model Perodua mempunyai lebih 90 peratus kandungan tempatan.

Kata beliau, tahun lalu Perodua telah membelanjakan RM5.4 bilion untuk membeli komponen daripada para pembekal tempatan. Disebabkan pengeluaran yang dijangka meningkat, tahun ini Perodua menjangkakan perbelanjaan RM6 bilion – lonjakan sebanyak 11 peratus. Beliau berterima kasih kepada Perodua atas sokongan dan komitmen mereka selama ini.

Bagi Presiden PDA En Khairul Nizam Ayob pula, rekod jualan Perodua 2019 adalah luar biasa memandangkan ketidaktentuan pasaran serta persaingan yang amat sengit, dan sasaran jualan 2020 sebanyak 240,000 unit tetap mengagumkan.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Beliau berkata, PDA akan berusaha untuk mengatasi sasaran itu dan tetap komited kepada Kepuasan Pelanggan dalam semua aspek. Komitmen sejumlah ini menggalakkan dan meyakinkan para pengedar untuk menambah usaha dan melabur demi pelanggan yang dihargai,.

Setakat ini, lebih 2,000 unit Perodua Bezza 2020, yang dilancarkan dua minggu lalu, telah menemui pemiliknya daripada 15,000 tempahan yang merangkumi 8,000 tempahan untuk model sebelumnya yang telah ditukar kepada model terkini.

Jelas En Musa, bahagian atas badan Bezza dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera dan pereka Perodua di Malaysia. Sambutan hangat terhadapan model sedan pertama Perodua ini adalah berita baik bagi pembekal automotif tempatan. Tambah beliau lagi, pihaknya yakin model ini akan terus menepati citarasa, keperluan dan kehendak semua lapisan masyarakat Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply