ARKIB

KATEGORI

Spyshots

P3-22A kembali ditemui!

Views

spyshots 3

spyshots 2

spyshots 1

Setelah lama menghilang kini ia telah muncul kembali! Gambar ini di“tag”kan kepada saya oleh seorang rakan di laman Facebook. Menurutnya, spyshots terbaru P3-22A telah diambil oleh rakannya di lebuhraya LATAR.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments


  • Rumors2 yg sy dgr dari kawan2 di PROTON, Mereka menjangkakan akan berlaku kelewatan pada model ini akibat daripada kehilangan beberapa org engineer yg terlibat dgn projek ini.Mereka juga risau model ini akan berlaku beberapa masalah dikemudian hari andai PROTON tidak mengantikan engineer yg betul2 berpengalaman dlm pembuatan kereta.info yg paling best “P3-22A AKAN MENGGUNAKAN NAMA PREVE SPORT” ini sahaja info yg sy dpt korek, selebihnya biarlah rahsia kata mereka…

    *ntah betul atau tidak sy tidak tahu…tq


    • selepas drb ambil alih, ramai tenaga kerja yang pro angkat kaki.. mood di kilang pun semakin down, tak semangat macam dulu.. tak tau la apa nak jadi, plan masa depan proton sampai sekarang tak reveal lagi.. dah bulan 3


      • Camne bro campro tau ni…mesti ramai member kat proton ni..tapi menurut sumber saya..mmg betullah bak kata bro tu..alahai..apalah nak jadi yer..


      • janji tak ditepati… hahahaha… kata ak buat pengumuman dlm bulan March 2013, hari nie sudah 14/3/2013…. cakap tak serupa bikin betul… dah setahun stgh tak ada perkembangan terbaru langsung….


  • 2 gambar atas tu mcm tak lama ja ada dalam blog ni .. nampak macam yard proton sebab ada sebijik lagi kat belakang tu.. ahahah …


  • risau aku tgk proton ni, masa zaman Dato’ Seri Haji Syed Zainal Syed Zainal Abidin dah terbaik dah, siap ada plan lagi masa tu proton akan keluar model baru, tp sedih bila drb ambil, depa nampak xda plan langsung ja


  • alamak if banyak pro engineer proton cabut then lagi ramai orang takut nak beli preve hatchback ni sebab current preve pun still ada prob lagi..


    • Mmm… rumours cm nie la bashers suka, ada la reason nk bantai pasnie model2 proton low qualiti sbb xde pro engineer:) Biasa ler, staf datang n pergi. sapa tau yg datang menggantikan yg pergi lebih baik lagi:)

      cheers!


  • Mengikut laporan Harian Metro beberapa minggu lalu, Lukman yang enggan mengulas lanjut berkata, Proton akan membangunkan model hatchback, tapi bukan lanjutan kepada model sedan Prevé yang dilancarkan tahun lalu. Maksudnya ini bukan P3-22A.

    Apa pendapat bro? Terima kasih.


  • GSC sememangnya sudah dalam barisan model yang akan datang. Saya rasa beliau akan bercakap GSC ataupun dengan nama am, kereta jenis kompak.

    Tidak tahulah. Mungkinkah beliau cakap mengenai model gantian Satria Neo? Hahaha….

    Walau bagaimanapun, bila membaca “berita-berita” terkini di dalam Proton, memang membuat saya rasa sedih. Benarkah banyak pekerja yang sudah dan akan letak jawatan?

    Sampai hari ini, saya masih teringat DSZ dan yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya…. Yahaya Ahmad yang sememangnya seorang peminat kereta (car lovers).


  • Insider saya pun takbanyakboleh bg tau. Yer la. lepas DSSZ pergi, kilang pun suram.
    Tapi Saya harap pipeline deorg adalah SAGA, EXORA PREVE R3, P322a, GSC, Saga R, Exora FL, and a diesel engine(hawtai). But, THEY ARE JUST TO LATE, i mean VERY LATE in PRODUCT UPDATE after the takeover. Please la DRB. Where ur ingenious plan that ur talking about?


  • BTW. korang elok baca komen PT dekat topik S-SERIES. Seriously kelakar. The best commnet is.

    Aero on Mar 13, 2013 at 5:30 pm
    Sorry, but I beg to differ.
    First and foremost, Proton only really started making their OWN cars in 2000 with the Waja. Proton is 27 years old, but they’ve only 12 years of experience handling things on their own without help from Japan. Perodua has been rebadging Japanese cars since 1993, that’s 20 years.
    Secondly, Proton cars WERE bad, but not anymore. All of their newer models are above average. It’s quite obvious that Proton has come a long way since the crappy Waja and Gen-2. The Prevé has a 5-star ANCAP rating, need I really say more ?
    Thirdly, I do not see the point in propping up Perodua as a symbol of national pride and whatnot. Whereas it makes sense in Proton’s case. Proton is trying to innovate and do the right thing. Perodua isn’t. Perodua takes advantage of the import taxes to sell Japanese cars at a cheaper price for easy profit.
    In my opinion, Perodua should be shut down or merged with Proton in favour of innovation, instead of profits and imitation.


  • drb cam xpassionate jek.
    bosan dowh skrg.

    macam2 dh org bg suggestion, tp wat derk jek.

    simpan la org yg boleh buat keje,
    jgn pandang tinggi sgt ngn org luar.

    aku keje o&g, dh nampak dh taik sesetengah foreigner yg ckp saja lebat, hasil tarak.
    alek2 org kita gak yg kasi keje setel.


  • Byk model2 HB akan masuk market M’sia sikit hr lg…kalau model ni tak lepas min expectation org makin susah la Proton nk bersaing…

    Bab ambik foreigner tu dlm automotive mungkin tak sama mcm o&g…cuma kena ambik yg mmg ada nama & good reputation mcm designer2 top dr pengeluar2 luar…kena bg role yg besar mcm design director atau skrg2nya chief designer…maybe dgn pengambilalihan dr DRB ni Proton perlukan direction baru…


  • Mmm… sy rasa proton xde masalah dlm design n styling selepas berpengalaman bekerjasama dgn italdesign sebelum nie. Yg menjadi masalah adalah kos RnD utk model2 bagi setiap segment yg ingin dikeluarkn.

    X bleh harap sgt designer dri luar. Bukan semua bagus, yg menyerlah pun beberapa jer. Apa yg penting yg ada nie, perlu diberi ruang dan peluang yg lebih utk mengembangkn bakat n kreativiti. DRB kena la letak keprcayaan dn buat pelaburan yg lebih sket kat proton. X bleh nk harap inisiatif buat satu, tunggu balik untung baru nk buat satu lagi, dan lagi dan lagi… proses mcm nie lambat dan jangkaan pengembangan syarikat akan dilihat statik kerana pghasilan model2 hadapan hanya bergantung pada prestasi model2 semasa sama ada bleh jalan atau tidak. Nak berjaya kena berani maa… x salah DRB guna tema inspirasi peninggalan DSZ; Berani Berubah:) Setiap keputusan risiko pasti ada, apa yg lebih penting setiap keputusan sepatutnya dah ada kontigensi planning bagi sebarang kemungkinan. Tau la DRB ada banyak company nk handle, tapi berilah lebih sket prioriti kat proton. Tak salah kn?

    cheers!

Leave a Reply