ARKIB

KATEGORI

Buletin

Padah hina kematian Adib – Caryn Yean dibuang kerja

Views

Berikutan kebiadapannya memuat naik komen yang menghina kematian wira negara, Muhammad Adib, akhirnya Honda Sri Utama Auto Malaysia telah memecat individu bernama Caryn Yean berkuatkuasa serta-merta. Dalam entri hantaran terbaharu mereka, syarikat memaklumkan setelah mereka melakukan siasatan dalaman, pekerjanya itu telah melanggar polisi syarikat akibat salah lakunya.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Syarikat sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut yang telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia berang dan mengecam tindakan tersebut. Honda Sri Utama Auto Malaysia akan lebih prihatin dalam latihan dan mendidik pekerja merekaa untuk memupuk nilai moral yang tinggi dan menghormati semua individu pada setiap masa.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran kepada semua. Syabas kami ucapkan kepada Honda Sri Utama Auto Malaysia dan Honda Malaysia kerana mengambil tindakan pantas dan betul untuk menangani isu sensitif tersebut. Kami berharap Caryn Yean mengambil iktibar atas kejadian ini dan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau komen di media sosial selepas ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Rakyat Malaysia masih rasa terkilan dengan sikap biadap Caryn Yean.. Syabas Honda kerana mengambil tindakan tegas.. Sepatutnya sekolah rendah ‘jenis’ kebangsaan tidak diperlukan lagi di Malaysia supaya kanak² zaman sekarang lebih mengenali antara satu sama lain dan saling menghormati..

Leave a Reply