ARKIB

KATEGORI

Buletin

Padah palsukan dokumen rentas negeri – Penjawat awam didenda RM1,800

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan seorang penjawat awam dijatuhi hukuman denda RM1,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Alor Setar, hari ini, atas kesalahan memalsukan dokumen kebenaran merentas negeri, Isnin lalu. Tertuduh, Mohd Norhisham Ismail, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berkerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Putrajaya didakwa mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen. Mohd Norhisham dipercayai menukar tarikh pada surat berkenaan ke 26 Mei bagi membolehkannya tinggal lebih masa di kampung untuk menyambut Aidilfitri dan sepatutnya pulang ke Putrajaya pada 17 Mei lalu.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Dia bersama isterinya memberi alasan pulang ke negeri ini untuk menghantar ubat kepada bapanya di Pendang. Tertuduh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk memohon surat kebenaran dari Pendang ke Putrajaya, bagaimanapun pihak polis meminta lelaki itu mengemukakan surat kebenaran dari Putrajaya dan mengesyaki sesuatu mencurigakan pada surat berkenaan.

Anggota polis telah menghubungi pihak yang mengeluarkan surat kebenaran di Putrajaya sebelum mendapati terdapat tarikh yang berbeza dan mengesahkan individu itu sepatutnya pulang pada 17 Mei lalu. Berikutan itu, lelaki terbabit dan isterinya tidak dibenarkan pulang ke Putrajaya sehingga siasatan kes selesai. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, ini kes pertama membabitkan pemalsuan dokumen untuk merentas negeri di negeri tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply