ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pagar masjid dirempuh pemandu mabuk

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam, pagi semalam. Pemandu yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan dalam kejadian pada 2.30 pagi itu telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad, lelaki itu memandu kereta di laluan lurus sebelum kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbabas serta merempuh pagar masjid.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati ketika kejadian, dia memandu di bawah pengaruh alkohol dan ujian saringan awal air kencing dilakukan pula mendapatinya negatif dadah. Katanya, bahagian hadapan kereta itu rosak teruk dan cermin hadapannya pecah. Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply