ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Pak Guard’ kantoi memandu dalam keadaan mabuk

Berita Tempatan

Views

Ini ada lagi berita tentang pemandu mabuk. Bernama melaporkan, seorang pengawal keselamatan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Persiaran Utama, di Nilai, malam tadi.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar, dalam operasi selama tiga jam bermula 8 malam itu sebanyak 24 saman turut dikeluarkan melibatkan 26 kesalahan. Kata beliau, dalam operasi ini, pemeriksaan kandungan alkohol menggunakan SD2 telah dijalankan terhadap dua pemandu dan salah seorang daripadanya yang memandu Mitsubishi Triton merekodkan bacaan 232mg/100ml.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Tambah beliau, suspek berusia 39 tahun itu akan didakwa dalam masa terdekat. Ketika ini, undang-undang semasa membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah manakala had antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 50mg dalam 100ml, darah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Nilai

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply