ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakej Perodua Auto Rahmah 2023 diperkenalkan, khusus untuk pemilik Axia dan Bezza sempena Aidilfitri

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan Aidilfitri, Perodua telah memperkenalkan pakej servis khas kepada pemilik Axia dan Bezza bagi mengurangkan impak kenaikan harga barangan dan dalam masa yang sama mempromosikan servis penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan yang terbaik.

Ini adalah maklum balas kepada Pakej AUTO RAHMAH yang baharu dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program PAYUNG RAHMAH yang bertujuan mengurangkan beban kos hidup yang ditanggung oleh rakyat.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kempen Perodua Auto Rahmah 2023 ini merangkumi diskaun 30 peratus untuk jumlah keseluruhan di dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh.

Bagi melayakkan diri untuk menyertai kempen ini, pemilik Axia dan Bezza perlu membuat janji temu di pusat servis Perodua yang berhampiran. Kempen ini akan berlangsung mulai 12 April hingga 15 Mei 2023 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Menurut Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pihaknya amat berbesar hati kerana Perodua telah menyahut saranan kerajaan menerusi Pakej AUTO RAHMAH 2023 yang menawarkan diskaun bagi penyelenggaraan kenderaan di pusat servis rasmi.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad pula berkata, pakej ini diharapkan dapat membantu memenuhi keperluan pemotoran dan pada masa yang sama mengurangkan kos sara hidup pemilik Axia dan Bezza.

Tambah beliau, memandangkan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, kebanyakan pemilik kenderaan merancang untuk melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang.

Dalam masa yang sama Perodua turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah buat semua para pelanggannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply