ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Adakah ini model CH@P3-22A?

Views

ch front

ch rear

Pastinya gambar-gambar di atas akan memanaskan semula funtasticko.net! Adakah ini model CH@P3-22A? Gambar-gambar tersebut saya telah perolehi dari laman facebook Prevé Club (PrevéC) dan telah dimuatnaik oleh Saiful Idham dan Muammarhafiz Zainal. Apa pendapat anda?

* Cepat simpan sebelum terlambat, saya terpaksa adjustkan sikit gambar ni bagi lebih besar & jelas walaupun fail asalnya mempunyai resolusi lebih rendah, ok la tu kan buat masa ni.. hahaha  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

97 Comments


  • gambar ni baru la jelas..dan nampak menarik! memang terbaik..
    tak sia2 sy hold komen masa tengok gambar leak yg kaler biru subaru tu..huhu..


  • Mmm… bleh tahan. nampak solid n tegap n sporty:). Bahagian blakang gak tidaklah mengecewakan, Tinggal lagi interior jer blum terdedah. huhu…

    cheers!


  • Gambar belakang cam menarik skit kalau tengok kot tepi nih.. Bukan bahagian plastik tepi cermin belakang tuh design error ker untuk preve dulu yang menyebabkan bunyi angin agak kuat. Kenapa kekalkan benda tuh?


  • Sorrylah..untuk aku design belakang dia terlalu biasa je..mmg tak menarik dan safe design…cuma aku rasa pandangan belakang pemandu lebih jelas kerana cermin belakang tidak terlalu condong. mungkin gambar ni model premium sebab mcm ada kamera undur dan ada sensor depan


  • Tanda-tanda dah nak dekat launch~~

    Exterior biasa sahaja..tiada “wow”

    Mungkin features dalaman ada penambahan….apepun, not my taste =)


  • x paham la permainan proton ni…..design cam gini ru kuar tahun 2013 nak masuk 2014..??? hmmm….bangkitlah proton..bangkit…sebagai peminat tegar kereta proton sangat2 mengecewakan. Bahagian front nothing change…hanya gril aje yg bertukar lobang2 kepada lobang sarang labah2..hmmm….why why why????


  • nampak kosong sangat lampu belakang… buat la reflector sikit especially untuk model hi spec.. reflector ni nanti semua pemilik P322A beli la nk suh nampak model hi-spec…

    proton ni kalau design lampu belakang mesti hodoh..


  • preve sedan in colobration with ital design – good looking ,OK,. but did the hatch?

    if ital design visions the hatch i suspect its somethig that extra ordinary to produce….


  • jual RM80K kat sini…sure laku ni…berebut org nak beli. then jual pulak kat pasaran global…silap2 org oversea dah tak pandang mazda 3 baru, kia ceed, Hyundai i30, ford focus even vw golf.


  • mcm belum lengkap je…. may b nak bg terkejut. tak mungkin bhg dpn boleh sama je dgn preve… kalau tak buat pe ada sticker tampal? pasti akan ada yg menarik


  • Hopefully dalam gambar ni tak berapa menarik. Tapi mungkin bila dah on the road agar nmpk presentable, affordable dan best acceleration. Pls Proton… you can do it..


  • i prefer a slim horizontal rear light for a sporty hatch.
    but at the moment its quite a frustration, but not yet see it in flesh so i hold my word temporarily.

    to reuse the sedan rear light cluster is good enough


  • aku rasb kena bg tagline hatch ni beauty is only skin deep,nk sedap lg,beauty is skin deep. bleh cover ckit dsign yg xwow n yg penting apa yg kat dlm dia,hu..hu..,tp kena hold dulu slagi xtgk dpn mata. stakat ni,ok jek,xcome,tp xhuduh. tp lain org lain pndpt. xda yg slh atau betul. tp klu nissan rebadge ni,laku jek,klu toyota,cnfirm goreng pisang panas.

    so,aper2,prtn kena naikkn image brand dl,pastu xda org kisah come atau tidak. dugung pun laku,almari pun laku. klu vios br,aku rasa double jualan dia coz lg ok dr dugong.

    aper2 hal,prtn kena jg image baik2,pastikan masalah minimum sbb nk kata xda msalah,mcm mustahil coz xda lg yg sempurna,cume beza beso@kecik, cepat@lambat,n cr prtn tackle masalah.

    klu prtn jaga btl2 hatch ni, gsc,i.Allah,image naik,salepun naik walupun xcome.


  • kalau letak ekzos kiri n kanan nampak la ke’sporty’an dia..
    pastu adjust sket bumper depan n redesign semula fog light..
    baru la tiptop..

    overall hatchback ni ok dah..maybe this is just a beginning of DRB..
    hopefully..there is more to come..
    finger crossed 🙂


  • Bagi aku dh kira improved dr Sedan yg mcm kotak sket kt belakang, nmpak la sporty & cun jg. Xde la hodoh pun. cuma nk tgk real kt luar side dgn rear ada ‘continuity of design’ tak. Apapun thniah PROTON utk hatchback.. not bad! Harap interior tk teruk cm sedan.. door panel trim sedan mcm plastik SAGA.. knapa la tak nak INSAF2 lg en Azlano oii… pilihla texture mcm myvike sbg contoh.. lebih elegant. Dashboard elok kenakan dgn ira kayu yg lebih yellowish brown.. bru nmpk attractive brbnding skrg dull.. just pandangan.. tp apa2 pun rupa ok ke tak.. kepuasan enjin tu no1. So far preve still xperform spt yg diharapkan krn enjinnya agak mengaum bising pd low rev.rpm. xsyok sugguh part tu. Ini part yg menyebabkan lepas test drive org xjadi nk beli, CAMPRO ni enjin bising, kasar wpun power ok la.. passanger belakang obviously noticed annoying sound tu.. mcm enjin diesel ja. tihis not about sound proofing.. tp the engine itself pembuat bising dan vibration yg berlebih..

    entahla.. geng powertrain proton sedar ke tak.atau mmg mreka suka kot.. ‘masculine’ of campro.. hehehe


  • macam suv pun ada..hehe…gamabr ni memang tak cantik pun…dia punya view tak cantik..yelah..bukan pro punya gambar.sbb tu dalam gambar jadi tak cantik…depan dia ada kecondongan yang nampak berubah dari preve sedan..nampak condong yang macam arrow je…mungkin tersilap pandang kot…tapi cantik depan dia dari belakang..sbb gambar tak cantik…pe pun tunggu r3 division…harap2 dapat kuar sekali macam nissan kuarkan nismo edition tuk lebih sporty..ramai minat tu..


  • so whats my favorite proton cars in term of design
    1 satria neo
    2 gen 2
    3 preve sedan

    these 3 cars proven live through time sucessfully. why?
    satria neo design format still can be seen even in audi A1 now
    gen2 profile is mimicked even in the current bmw x6 and its rear light is favored by euro civic hatch now.
    the preve sedan inward rear light slants can be seen even in trendy current aventador and audi A7 sportback.. it lives with trend.

    if we are sensetive about world automotive design. at some point. we understand some proton design sustainable with time.

    if we are too excited ,happy guy who easily shocked by just what we see by most dominated japanese car here just in malaysia, seemed we have just a limited knowledge general automotive design.


  • Proton kena ambil iktibar dari sales Proton Saga SV yg menunjukkan org Malaysia ni suka brg cheap tapi praktikal, tak sampai sebulan launching org dah tempah dekat 10,000 unit.
    Elok cuba launching Preve SV yg starting harga dari 50k utk manual & 55 utk cvt.
    Tapi apa yg saya nampak Proton nak jaga standard sangat. Preve tak ada langsung model basic, padahal Nissan boleh jual Almera basic dgn rim besi je & Toyota dgn Vios spec J.
    Biar apapun saya boleh puji dgn Exora Bold CFE Standard yg betul2 mencuri perhatian saya dgn harga & spec dia.


  • Saya amat berharap utk Preve hatchback ni ada model basic yg starting dr 50k. Guna rim besi pun tak kisahlah, sbb anytime boleh tukar kpd rim aloi yg bersepah kat jln kapar.
    Sekurang-kurangnya dapatlah ramai rakyat yg marhaen ni dpt kereta yg handling & safety yg superb banding dgn Myvi yg banyak keluar berita terbabas masuk longkang.


  • seperti yang aku kata sebelum ni..harganya perlu sangat kompetitif..tuk mencuri market vios baru pun kena juga ..wp sedan n hatchback…


  • design depan tak banyak beza dari preve sedan no prob, banyak pengeluar kereta lain pun mcm tu juga. gambar depan tu mmg terbaik dah. nampak kereta tu panjang dan lowered. dengan sportrim pun bagi aku sangat menarik. maybe sebab 17″ nampak memang menyelerakan..huhu..

    tapi gamba belakang tu oout sikit.. maybe la fotografer amatur. salah ambil angel kot..dan sebenarnya aku rasa design ni pun boleh ditambah baik lagi. gamba belakang tun menampakkan kereta ni tinggi dan tak lebar. aku ingatkan lampu belakang preve hatchback. ni mcm preve sedan (di bonet ada lagi sambungan lampu) jadi lampu tu nampak horizontal. lebar. pastu plak LED mcm preve sedan tu dh terbaik dh..patut dikekalkan je identiti lampu mcm tu untuk jama preve. skrg ni preve sedan lampu gaya lain, preve hb lampu gaya lain..

    pastu plak design diffuser belakang tu (part warna hitam) tu aku rasa mcm tinggi sangat menampakkan kereta tu mcm tinggi. well..design mcm ni kat exora menjadi… maybe sebab mpv mmg besar n mmg belakang dia tinggi. tapi kat preve hb mcm xsesuai sangat.. kot..

    ada ezos sikit lagi terbaek..

    nway.. komen aku kat atas tu hanya berdasarkan gamba diatas tu. nanti nk tengok dlu yang actual depan mata.coz bg aku preve ni mmg xberapa fotogenik. tapi kalau actual depan mata mmg cantik dah. nak kena nampak betul muscle dia depan mata baru terasa wow sikit. huhu..


  • tutup depan blkg punye la lama,bawa kehulur kehilir…bile dpt selak mcm nie je ke rupenye?design okey2 jela…xd faktor wow pown..msti ramai yg akan kecewa…kesian dgn peminat tegar proton mcm ak nie..lepas nie dah mls nak expect lebih…memg xla….bye2 proton


  • so what best for preve hatch,
    is simply to reuse the sedan rear light.
    or learn from bm 1 series or merc A. how to make it interesting.


  • gambar tak berapa nak clean&clear….
    maybe ada garis2 organic,detail tailight dsb yg tak nmpk dlm gambar
    so simpan jela komen sampai dah tengok depan mata nnti….
    apa2 pun original gambar kat atas tu ada sebijik ‘benda’ berselubung kat depan preve hb tu


  • setahu sy dulu..ramai jugak yg kecewa ngan preve masa mula2 keluar dulu..
    ramai tak berkenan kat bahagian belakang..takde leather seat..takde reverse camera..rim bukan 17inch..nampak cheap bab finishing interior..sy refer pada pandangan kawan2 sy..
    tapi day by day..kita boleh tengok banyak preve kat jalan raya sekarang..
    mungkin juga kita akan slowly terima kehadiran hatchback ni nanti..


  • @takin..
    kalau boleh kita taknak orang slo slo terima…
    kalau bleh nak macam forte dulu, disebabkan designnya ada wow factor, dalamannya pulak macam2 aksesori, harga kompetatif, orang berebut beli..


  • ok tak nak bagi komen dulu sebab tak tgk dpn mata, aku percaya dpn mata nanti nmpk lebih baik dari dalam gambar, terutama bhgn belakang., huhu

    selamat berpuasa


  • errmmm… salam ramadhan semua…
    lepas nih kompom litar sepang pasti akan meriah dengan model hatchback nih…
    proton dah buktikan di atas litar bahawa kereta mereka bukan ayam ayam… bye bye civic…


  • saje design die cenggitu..baru la terbakar sikit kereta bontot2 lawa sebab kena titik ngan kereta bontot kurang lawa…sebab sempat nampak bontot je..nak kejor pun xsempat..maklum la..bontot lawa..tp lembab hehe..


  • Depan :
    – masih mengekalkan method yg sama masa perkenalkan model Persona daripada model Gen2. Tidak akan menampakkan perbezaan antara model Preve Sedan & HB ini. Sepatutnya peluang ini digunakan memberi sedikit kelainan terutamanya pada bahagian fog lamp & lower grill. Nak common parts pun kadang2 tidak memberi kelebihan sgt pun..
    – mungkin model ni patut letak side signal pada fender (http://www.wemotor.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/Satria-Neo-R3-Lotus-Racing-20.jpg). nmpak lebih sporty 7 ada detailing skit.

    Belakang :
    – setuju dgn rata2 pendapt sbb diffuser tu menmpkkan ianya lebih tinggi (terangkat)..gmbr yg di`crop` nmpk seolah2 model SUV dr blkg…to not to bad la…ekzos tak nmpk lagi…takkan terkeluar bwh mcm tu je??xde opening pun pd diffuser tu.. reflector tu kalau kt kiri & kanan lagi kemas kot berbanding ditengah..lepas ke buat single je??

    Overall design ok…safe design (design evergreen…akan nmpk ok biarpun dah lama..cth mcm BMW E36 & E46)..Proton perlu fokus pada detail design & especially interior. Hopefully interior ada perubahan yg sgt ketara berbanding model sedan. Aku `burn` duit booking sbb dok ralat interior design shj…haha…harap2 yg ni memikat hati…


  • interior xda perubhan, sebab hanya variant. biasanya kaler trim atau aksesori jek berbeza kit. kadang2 texture. sume manufacturer buat lagu tuh klu nak reduce kos. kecuali untuk market berbeza dan homogolation berbeza cam yaris ngan vios. walupun vios dr yaris, tp yaris tuh di homogolasi untuk market eropah, tp vios sebab pasaran asean jek, jadi, byk part xikut homogolasi untuk kurangkan kos.sbb tuh ada nampak beza. tp cam golf n jetta, xjauh beza, sama gak focus sedan dan hatch, samejek, trim jek lain.

    so, jgnlah nak harap ada perubahan beso kat interior. kecuali gsc, baru lain sebab kete lain n prtb ckp 90 peratus part baru. klu tgk vw, bleh kata hampir sama jek part2 dia across the range. maksud eden bukan aper, tkt keciwa.

    tp bontot hatch nih xdalah bulat sgt. bleh refer gambo biru dulu, lampu blakang dia terjojol keluar, yng ni nampak lampu blakang mcm bulat jek.


  • grill angpa buat macam keta mercedes ke, boleh tukar2 grill, cgi lain, avantgarde lain, amg lain. 😛
    ape pun bontot tak lawa dan mengecewakan.
    by far kete sedan proton persona elegance jugak yg paling cantik.
    overall paling cantik satria neo.


  • inilah kecewanya utk menjadi peminat tegar PROTON, cuna mk convinced pembenci PROTON tp dlm diri kita sendiri pun kecewa dgn sikap PROTON.. apa lah dlm kepala mereka ni fikir. Kita nk kereta yg org mahu beli, collection data marketing dgn tally ke dgn engineering dn styling? jual keta xcanggih pun tkpa tp bg fungsi sempurna, harga patut, xperlu letak aksesor pelik utk paksa hargi up tp pembeli kecewa dgn fungsi2 utama. Preve punya seat aduhai.. mcm balik zaman bantal kabu pulak.. dull sungguh.. door trim interior kecewa 10x.. Iswara punya door trim lg kualiti cantik dan sedap mata tgk.. aduh..


  • @ztronik

    Kalau tak letak features baru, tapi door trim iswara ada orang nak beli Preve ke?
    Teknologi baru kene sentiasa diperkenalkan, kalau tak lagi teruk Proton ketinggalan. Sebab nak letak teknologi baru ni ada bende yang kene compromised untuk maitain harga tak cecah range C segment import yang lain.

    C segment yang lain sekarang dah range 99-120k. Sanggup ke beli Preve range tu?


  • Kalau door trim iswara,xde features baru dan harge persona,berebut org beli..masalah sekarang bkn features,tp main product tu sdr low kualiti, tp harge mcm kereta import.teman kritikal beno dgn harge proton,dulu mmg dh aim nk beli preve..tp sekarang sori ler.dgn harge yg di offer baik teman tunggu bln 10.kalu vios harge maintain konpem teman sambo.kalu harge naik,vios plk teman sumpah nanti.keke


  • Haha.. sedih Vios yang dipandang. Vios punya local content lebih tinggi dari Preve. Hehehe.
    Ingatkan nak beli Mazda 3, cerato ke. Ok lah. Sama segmen dgn Preve. Tapi beli vios, yang satu segmen dengan saga dan kualiti saga jugaklah.


  • Harap bulan ramadhan ni mendidik kiter menjadi lebih sabar. Proton nyerr design memang camtu. Takmo ikut trend local test. Kete nak target market obersea lah katakan. Huhu. Alih2. Sales vios yg lg mahal tuh lg banyak dari preve. Aper aper pon. Kiter tunggu launch dulu. Gud luck proton.


  • Kadang2 bukan sekadar segmen yg dinilai..bukan spec yg menjadi penentu…kalau C segment Proton & B segment samaada Vios atau City, maka orang akan cenderung pada yg memberi persepsi, keyakinan & kemasan pemasangan yg lebih baik. Benar spec pada Vios & City itu lebih rendah berbanding Preve atau Inspira. Yg menjadi penentu ialah kekuatan jenama, kepuasaan kualiti pemasangan samaada secara visual mahupun fizikal. Disinilah Proton kecundang.

    Dari segi handling, aku cukup yakin Proton lebih baik dr dua model tersebut. Aku dah memiliki Satria Neo. Kalau nak dibandingkan dgn City…goyang atas hiway pada kelajuan melebihi 140kmj (standard). Neo lebih stabil & confident bila memecut. Masalah remeh temeh tu kadang2 dah tak larat nak layan..isu2 lampu kejap2 terbakar, minyak hitam memeleh, harness
    box terbakar (fius ke alternator)..ratling sound..benda2 kecik…tp berulang2 tak pernah setel.. Dalam byk2 model, aku rasakan Neo yg paling menyedapkan mata biarpun hakikatnya plastik keras shj pada dahsboard tp nmpk kemas dgn finishing, texturing & color scheme.

    Jadi sama juga pada Preve. Igtkan overall package interior akan lebih baik tp tidak berlaku. Serba tidak kena pada mata sedangkan pada dashboard itulah kita akan menghadap hari2…huhu..gud luck!


  • Salah satu yang akan jadi penarik nanti ialah rim 17″ ..
    sepatutnya mmg buleh buat meleleh air liur..

    letak sebelah vios, jazz, ? rim15″ nampak keciikk je..
    Ford fiesta, mazda3 hatchback pakai rim16″ ok sikit la.. tapi body preve hb ni lg besar dah..
    kereta lain dalam lingkungan harga sama, preve hb ni yg pkai rim paling besar kot..

    Rim & tayar besar ni akan reflect kenderaan yg berkuasa & handling baik..
    Apatah lagi kjap lg ada yg upgred rim preve hb ni jadi 18″ ke.. pehh..


  • @ruffstuff

    awk faham tk maksud sy? bukan sy suruh PREVE tu pakai door trim ISWARA, then letak venturi carb kt enjin tu.. aduhh..! mksud sy, NILAI SENI/KUALITI rekaan tu mau SELARI lah dgn zaman skrg.. kalau ISWARA tin MILO teknologi 80 dulu pun door trimnya cantik, tahan lasak, seat ergo, toning kaler yg menarik, sedangkan tooling zmn tu xde la cngiih mana, tp kenapa boleh buat? Skrg berlumba nk letak module2 canggih tp bab kemasan dh xpenting? harga mahal tp kemasan ala kadar, zaman hitam putih ke skrg? nk kawen pn lihat rupa tau..


  • @Ztronik

    Kalau rupa yang dipandang, kenapakah Vios? 🙂
    Tin Milonya sudah tentu, design pun nak kata selari dengan zaman pun mececeh jugak ketinggalan dari korea.

    Dashboard-nya plastik, material nya pun tak jauh beza dari Proton.

    Itu semua ciri-ciri negatif vios. Kalau nak sebut negatif, memang negatif lah kluar. Bukan vios tu takde bende positif. Tapi tengok cara kita kluarkan statement.


  • @ ruffstuff

    teman tengok memang comel saga dari preve, tp kalau kate vios sama kualiti saga nampak sangat bohong nye..design preve x cantik mane,tp boleh la..cukup2 makan.cume dgn design cukup2 mkn tambah dengan kualiti issues, x layak untuk proton offer kereta dia pada harga 70k.teman setuju dengan xtronik tu,x perlu ckp yg teknikal2 sgt sbb pembeli cume tgk harga dan jenama je..mungkin menda tu boleh ubah,mcm kia buat.tp follow la betul2 mcm kia.design biar wow dulu.main harga kedian.ni tidak,design pun masih kelaut lg tp harga dah wow.kesimpulan dia,sila la tukar designer,atau tolong revise harga biar padan dengan rupe.sekian pendapat sy.


  • @zer

    Bila design wow, tapi features kosong. Ramai jugak komplen. Orang kita komplen macam-macam. Semua diorang nak, tapi harga nak 50k.

    Dah la Proton kene cukai eksais macam vios, tapi mintak features design macam BMW. Celah mana nak dapat untung kalau asyik buat charity untuk rakyat sendiri?


  • 1. bab rupa, tu hak individu.
    xguna bertekak mana cantik mana lawa.

    pd pndpt aku:
    design interior preve pd aku cantik.
    saga cantik, iswara huduh.
    cerato outdated, elantra messy.

    2. yg boleh kita argue ialah fit&finish.

    preve masih boleh ditambahbaik.
    vios panel pintu & dashbod cantik.

    3. lg kita boleh argue ialah ergonomik.

    vios xselesa utk duduk di belakang.


  • @ruffstuff

    Kasihan.. sindrom denial ini jgn lah ada dlm R&D Proton, mmg rosaklah hala tuju. klu kt sini sekadar ckp2 ok lah. Lihatlah dgn ikhlas, sales siapakah yg tinggi? PROTON wajib follow dulu apa org yg berjaya dh buat, teliti betul2 aspek kosmetik dan power train yg BASIC ada bg sebuah kereta GLOBAL. (sampai bila nk jual dlm KAMPUNG)? Bila dh terkenal dgn kualiti design barulah nk buat ‘kepala hotak’ sendiri pun org akan kagum.. nk design ikut citarasa PROTON.

    Bila org dh yakin dgn Brand PROTON (of course org KAMPUNG kena akui dulu sebelum org luar), nk pakai tayar terbalik pun pakailah sbb org dh confident PROTON punya prestasi.

    Skrg, bila sebut VIOS atau apa shjlah model yg laku di pasaran, LIVINA sbg contoh, AT transmission, sempit je, tp pd skala sempit itu LIVINA design kemas, dn memenuhi apa yg ada dlm skala tu. EXORA hebat dr body frame, external boleh lah kata ok, tp masuk dlm? then soft turbo tu masih belum dikatakan betul2 stabil. Sepatutnya semasa bina CPS dulu, tumpukan aspek2 kesempurnaan, design bg lah halus sentuhan, lainlah kalau target PROTON utk jadikan EXORA tu TEKSI nasional.. side income jual pd end user.


  • Bab rupa betul hak individu, tp klu dr 10 org 7 org ckp design xmenarik, itu faktor individu atau faktor design? Saya ikhlas ckp beri pendapat krn saya miliki PROTON, sy pandu uji macam2 kenderaan. Saya ambil pendapat awam randomly, tp xde lah nk buat statistically sampling. Itu kerja org dlm PROTON lan yg dibayar gaji. Tp kasihan, sy cuba nk jd Fan Proton yg terbaik diluar dgn ‘dakwah’ pd atas pagar dan tegar, malang sy sendiri lihat byk kelemahan PROTON, mcm mana sy nk bantu pROTON? kalau PROTON tkmau HIJRAH dan UBAH? Tukarlah Azlano tu atau pun beri kursus pemulihan pdnya dan teamnya. Jangan terlalu lagak di dlm bilik aircond R & D smpai merosakkan PROTON. Saya juga berkerja dlm organisasi lebih kurang, jika suatu yg baik itu baik MD pun akan melutut jika hujah budget dan economic scale sering jd alasan.

    SAGA BLM produk BAGUS!! handling superb bg kelasnya, VIOS mmg kalah wpun segment agak lari. Tp sayang PROTON tk exploit SAGA BLM pd skala rekaan yg betul. Sekali lagi jangan nafikan ergo dan kosmetik. Tolongla berada di showroam dn lihat gelagat pembeli.. apa yg kali pertama keluar dr mulut mereka bika lihat kereta? Waaa cantikla.. wah bestla.. belum test drive lg.. so 1st impression.. kenapa kita mahu suruh tutup mata sebelah?

    PREVE, design ala kadar juga. hanya tumpu sikit lebih pd dashboard utk pancing mata tp belok mata ke tepi dan belakang.. Masya Allah.. ini buat kerja ke atau tido atau ada masalah lain? berapa kos nk kena tambah utk sempurnakan ergo dan finishing yg selari dgn kereta global? kenapa sibuk sgt nk letak BCM/ too much electonics at hidden function tp nk letak AUTOMATIC CLIMATE control digital yg hari2 pengguna akan interface dn lihat pakai pun SUSAH nk bikin?? Asyik2 tombol warisan GEN2.. buka lah mata.. buka.. ikhlas kan hati. jgn simpan rasa tipu2.. letak lah priority.. kita negara panas2 aircond dh wajib, tp aircond punya system cukup2 makan.. asyik fokus pd power train.. tp tk lah hebat mana sgt klu CFE mengaum mcm rimau sakit.. FC pn xboleh nk bangga..

    Serious.. ubahlah dr skrg. sy syg proton tp syg sekali org2 PROTON tk syg PROTON.. lihat pd akar umbi pembeli.. Insya Allah boleh maju hebat. Nilai sudah ada.. tambahannya belum cukup.


  • @Ztronik

    Preve target dia bukan dalam kampung. Sebab itu banyak fokus dekat safety dan RnD kene meet EU punya standard, emission etc.

    VIOS/City tak perlu itu semua sebab pasaran mereka terhad dalam South East Asean dan bukan negara eropah yang ada standard mereka untuk bawa masuk.

    Cuba kasik kredit sikit yang proton punya vision untuk set satu benchmark global car yang boleh jual dan menepati standard EU.

    Bab kemasan, material itu semua memang ada imrpovement. Soft touch plastic ada dlm Preve, tapi tak banyak atau tak menyeluruh kepada tempat2 yang selalu disentuh. Ini benda yang kene improve.

    Tapi disebabkan faktor kos, benda2 kosmetik di sengaja diremehkan. Kalau tidak Preve tentunya berada pada harga 100k keatas bersaing dengan kereta-kereta segmen C lain.

    Kalau buat Preve kosong, tapi semata-mata nak bagi orang kita beli pada harga 50k. Sampai sudah lah jaguh kampung. Kereta tak boleh jual kat luar sebab tak meet global standard regulations.

    Saga BLM kalau letak kosmetik lebih2, harga akan mencanak sampai jadi harga vios. Baik beli vios.

    Sanggup ke kamu beli saga BLM pada harga vios? Selagi kamu ada mentaliti yang nak benda murah, selagi itu la Proton akan tersepit antara nak bagi kereta murah vs kereta kualiti.

    p/s: Auto climate control ada ape dalam Preve Premium.


  • Engine campro memang kena improve lagi dari segi smoothness and reliability. Not forget bab fit and finish, penggunaan warna interior, materials. Walaupun preve guna soft plastic tapi texture and feel dia x macam premium materials.lebih kepada hard plastic yang dilembut kan.ergonomic pun lari especially saga.pedal terlampau tinggi.
    anyway,im not a proton haters.there are lot things proton need to do.love the handling of proton’s car. Proton is good in motorsports. Jangan jadi macam lancia sudah. Great in motorsports but bad in market mass especially in reliability. Terus terkubur lancia..


  • Ramai komen dum dam dum dam. Aku rasa board people kat proton balik kul 430. Gih pasar ramadhan gak. Aper kesah…NAP x kuar lagih.. lex lu..Trans Pasific Free Trade lambat lg. Lex lu..


  • @evox
    saya sependapat dgn anda.. cuma addressing comments tu xbrapa pandai.

    @ruffstuff
    jgn rigid sgt dgn comment pd PROTON.. xkanlah ubah texture pd plastic trim dh naik 10k harga? maksud sy play around the design within the cost lah. instead of using this texture, ubahlah pakai textured lain, kaler lain, xpelik ke tgk dash board SAGA hudoh benor?center console tu entah apa2 curvature, xknlah xpikir org beli ket ank tgk hari2, bkn tgk jalan raya jer.. SAGA Orion lg cun dashboard..


  • Enjin campro mmg xsmooth, mcm enjin diesel je bunyi, enjin Magma 12V lebih berganda senyap, wpun engine bay Saga dlu xde sound proof tambahan, hnya basic rubber sheets and fiber fabric mcm cotton rack je.. itupun PROTON ximprove isu tu pd model PREVE, yg bising tu bkn CVVT tp enjin tu sendiri.. sama keadaannya mcm drive SAGA BLM. itu blum lg enganged aircond compressor.. bertambah lah annoying noise, puas la report kt SC.. diorng ckp dh azali mcm tu… bila kah semua ini akan di selesaikan..???sbb ini basic punya isu.


  • @Ztronik

    kalau nak senyap, beli kereta elektrik..confirm tak dgr bunyi enjin..hehe..gurau je.

    Nak buat macamana, sejak lahiriah lagi enjin campro dicipta sedemikian rupa. kena rev tinggi utk capai tork yang optimum, bila dah rev tinggi, confirm bunyi enjin akan mengaum bak harimau mengaum menerjah masuk ke dalam kabin lalu memecahkan halwa telinga.

    Nasib jugaklah ada penambah baikan terhadap enjin ni…tambah CPS/VIM, tambah IAFM dan last sekali tambah turbo..vroom2…

    Memang betul proton kena belajar untuk tala enjin@ refinement. Mcm kereta aku, pergi SC komplen apasal enjin kereta kejap rasa berat, kejap rasa ringan…sampai ke sudah dorang tak boleh selesaikan misteri tu..at the end aku give up dan ikutkan jelah nature kereta aku tu.

    Kadangkala rasa jeles juga bila bawak altis 1.6 je pun, tapi enjinnya smooth je..test bawak almera yg hodoh tu pun sedap juga enjinnya walaupun handling tak sedap. so basic tu aku rasa proton kena ambil berat. Dulu aku test preve, kena pijak pedal minyak lebih baru kereta gerak..seriau juga takut kereta “melompat” ke pe. rupanya mmg respond dia lembab. Last2 kena update ECU baru enjin responsif sikit.isk2..tp sejak yg tu mmg aku tak try test drive lagi. Nanti ada masa nak juga aku try testdrive semula.


  • @photic

    yela aku paham dh dilahirkan oleh mak bapak Sdra Campro ni membawa genetik ‘mulut bising’ hahah turun dr sblh bapak (Proton) ke atau sebelah Mak (Lotus) punya?? ke ade genetik lain masok? tp paham ke xpaham isu ini lah punca org jd suam2 hati je nk angkat Preve, boleh tahan sikit Exora mgkin engine bay besar kot? ke sbb engine resonance tu body die dh absorb..

    SC ckp sama lh mcm yg ko ckp.. aku puas report pasal kdg2 slow kdg2 ok.. flush mcm jenis RON97 la 95, Shell merah le..hijau le.. kuning le.. Pertonas semua bantai.. tp lbh kurang je hasilnye.. aku ckp pasal VIOS dugong tu knapa org beli? Almera yg pelik bentuk tp blh thn jugak sale..

    itulah dr awal aku dh ckp ble dh memiliki keta tu..kita akn rasa feel hari2 ialah enjin, handling dlm suasa cabin.. klu enjin mengaum.. drive pn lemah smgt.. bau plastik pon kalah dgn Myvy punye bau..hehe yg luar2 ni.. honeycomb grill ke.. chrome bar ke, pillar A-B xmatch curvature ke, diamond/pearl white ke.. org yg kt luar yg nk tgk.. kita mana rase dh mase drive atau melayan keta kita tu…mase nk park, nk basuh dgn nk turun naik je kite nikmati semua tu..

    PROTON ada kelebihan besar… >> HANDLING yg MANTAP!!, safate features yg tinggi, syg sekali dikalahkan oleh kosmetik mata yg xmenarik.. buyer tkkn appreciate yg tersmbunyi… especially POMPUAN!!

    MyVi Se siap letak grafik bunga2an lg dlm trim interior..alahai habis leh mencuri hati pembeli2 WANITA..

Leave a Reply