ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?

Views

Kami sebenarnya dah mendapat foto Perodua Aruz bocor ini sejak awal pagi tadi, namun pada mula tidak berani untuk menaikkannya. Namun apabila ada rakan media kami yang telah memaparkannya di laman web mereka, kami terus berubah fikiran dan turut kongsikan foto tersebut. Inilah wajah sebenar Aruz yang mempunyai wajah hampir seiras dengan dua kembarnya iaitu Toyota Rush dan Daihatsu Terios yang hanya dijual di Indonesia.

Walaupun hanya sedikit perubahan kosmetik, yang paling ketara di bahagian bampar, secara jujurnya Aruz lebih segak berbanding Rush dan Terios. SUV ketiga dalam keluarga Perodua yang dilengkapi dengan tujuh tempat duduk fleksibel ini dijana oleh enjin Dwi-VVTi 1.5 liter yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan purata 15.6 km untuk setiap liter petrol yang telah disahkan oleh ECE.

JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?

Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan varian sahaja buat masa ini, iaitu Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) dan Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ). Harga tentatif Aruz untuk Semenanjung Malaysia akan bermula dari RM72,200.00 hingga RM77,200.00 dan akan ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Amazon Green, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

Tempahan untuk model SUV ini telah dibuka sejak 3 Februari lalu dan kami difahamkan angka tempahannya agak menggalakkan. Info terkini yang kami terima petang tadi mengatakan pelancaran Aruz akan dibuat secara rasmi pada 15 Januari ini (Selasa minggu depan). Kami akan cuba dapatkan info selanjutnya dalam masa terdekat, tunggu!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply