ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

PANAS: Foto Proton Saga MC2 sedang dipasang dalam kilang tular!

Foto Tiris

Views

Berita ini sudah pasti mencetuskan kehangatan petang Rabu. Akhirnya kita dapat melihat kelibat Saga MC2 yang masih belum siap dipasang di dalam kilang Proton.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Foto tersebut mula tular dan tersebar di laman Instagram malaysia_cars_overseas, sejak semalam. Walaupun masih belum dipasang dengan sempurna, kita dapat melihat beberapa perubahan kecil yang dilakukan pada model ini.

Antaranya bentuk sayap Ethereal Bow pada jeriji yang mempunyai lekukan yang lebih lebar dan dalam dengan kemasan merah, logo baharu Proton, kit badan penuh, rekaan rim baharu kemasan dwitona dan lampu belakang yang kelihatan sedikit gelap (smoked).

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Secara keseluruhan tiada perubahan besar dibuat untuk model Saga MC2 dan ia masih mengekalkan hampir keseluruhan rekaan model semasa.

Proton pada ketika ini sedang giat menguji Saga MC2 dan belum dapat dipastikan bilakah model yang ditambah baik itu akan diperkenalkan secara rasmi. Kami akan cuba mendapatkan ejen perisik Mat Bond untuk merisik info-info terbaharu, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply