ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

PANAS: Foto Toyota Hyryder (D22) bocor, wajah kembar Maruti YFG/SUV Perodua 2023 terdedah ketika penggambaran iklan!

Foto Tiris

Views

Belum lagi sempat dilancarkan, akhirnya kita berjaya juga melihat wajah sebenar Toyota Hyryder (D22) yang merupakan kembar kepada Maruti YFG dan juga bakal SUV Perodua 2023 (namakod D66B).

Mengikut perancangan, Toyota Hyryder akan dilancarkan di India pada 1 Julai nanti. Foto bocor tersebut mula berlegar di laman Instagram dan dirakam ketika model SUV berkenaan sedang menjalani penggambaran iklan.

Sekilas pandang, gaya reka bentuk hadapan pencabar terkuat kepada Hyundai Creta dan KIA Seltos  ini mirip Tata Harrier. Ia tampil dengan kombinasi lampu hadapan terpisah (DRL di bahagian atas, lampu depan di bahagian bampar) yang menjadi trend reka bentuk terkini.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Selain itu kelihatan juga, Toyota Hyryder dalam foto tiris ini mengenakan kemasan luaran dwitona dengan bumbung yang dicat dengan warna hitam.

Model yang dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture-B (TNGA-B) ini dijangka ditawarkan dengan pilihan dua enjin.

Salah satu daripadanya adalah trenkuasa 1.5-liter hibrid-ringan 102 kuasa kuda yang digandingkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa 1.5-liter hibrid 114 kuasa kuda yang disambungkan kepada transmisi eCVT.

Untuk versi Perodua, ia bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk versi asas dan pilihan trenkuasa hibrid akan turut ditawarkan untuk varian andalan sahaja.

Dalam artikel terdahulu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang  ‘disimpan lebih awal’  bagi kegunaan model baharu mereka nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply