ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Foto unit audio Proton Saga facelift 2019 varian standard tertiris

Foto Intipan

Views

Pagi-pagi dah kecoh di laman Facebook Proton Saga VVT Community (Malaysia) kerana satu foto yang dikatakan unit audio Proton Saga facelift 2019. Foto tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang daripada admin laman tersebut, Muhd Faris Farhad dengan kapsyen “Bersiap sediakah anda semua? 😎 Nampak mewah kan? Versi standard. #SagaVVTFacelift”.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Walaupun ia unit audio Saga facelift 2019 varian standard, tetapi kemasan dan reka bentuknya nampak lebih elegan. Dari sudut ini kita dapat melihat unit audio tersebut terkeluar dari konsol tengah dan kelihatan seakan-akan terapung. Sebenarnya, ia merupakan unit audio sama yang turut digunakan oleh Persona 2019 varian standard.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Apabila semua lampunya terpadam ia nampak seolah-olah seperti sebuah unit infohiburan multimedia dengan skrin sentuh. Bijak kan? Mana tahu mungkin selepas ini kita dapat melihat keseluruhan foto papan pemuka Saga facelift 2019 pula. Tunggu!

Apa pendapat anda dengan rekaan unit audio Saga facelift 2019 varian standard ini? Ngam ke tak?

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply