ARKIB

KATEGORI

Spyshots

PANAS : Imej belakang Proton Iriz MC2 tertiris!

Views

Gempar! Laman web rakan media kami Automachi telah berjaya membocorkan satu imej yang memaparkan rekaan belakang Proton Iriz MC2. Model hatchback kompak Proton yang telah dipertingkatkan serta diberi wajah baharu ini tampil dengan warna biru baharu yang kami rasa sangat sesuai dengan susuk tubuhnya yang kecil.

Rekaan belakang Iriz MC2 secara kasarnya masih lagi dikekalkan, namun perubahan ketara kita dapat lihat terutama pada pintu but belakang yang separuh daripadanya dipasang dengan kemasan hitam berkilat yang tertera perkataan Proton. Ia melintang terus antara kedua-dua lampu belakang dan kali ini logo Proton terus dilenyapkan dari bahagian tersebut.

Pada kami ini merupakan kesinambungan kepada model X70 yang pertama kali menggunakan gaya tersebut dan pada model Iriz MC2 ia kelihatan lebih kemas. Secara visualnya penambahan kemasan hitam berkilat ini menjadikan cermin belakang model ini nampak lebih besar. Satu lagi perubahan ketara adalah pada bahagian bampar dengan rekaan yang lebih ringkas.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 ditemui lagi, kali ini dalam jarak dekat

Jika pada model semasa, pemantul cahaya berada sedikit ke bawah, untuk versi baharu ia dinaikkan sedikit ke atas. Tapak meletak nombor plet pula diturunkan sedikit ke bawah dan berada dalam kawasan yang berwarna hitam. Di bahagian kiri serta kanan bampar belakang pula kelihatan seperti lubang angin, namun tidak pasti sama ada ia hanya untuk tujuan kosmetik semata-mata atau ada fungsi aerodinamik.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, unit infohibur Iriz MC2 akan berkongsi unit yang sama dengan X70. Ini bermakna ia akan turut mempunyai ciri Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) namun kami difahamkan cirinya agak sedikit terhad. Kami tidak pasti sama ada unit infohibur Iriz MC2 mempunyai ciri Arahan Suara seperti X70, tetapi ciri-ciri lain seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca mungkin akan dikekalkan.

Agak menyedihkan, unit enjin dan juga transmisi CVTnya masih lagi dikekalkan. Jadi kepada yang berharap ada perubahan mekanikal pada model Iriz MC2 boleh melupakan hajat anda buat seketika. Mungkin enjin dan juga transmisi baharu akan diperkenalkan pada model baharu sepenuhnya yang kami jangka akan tiba seawal tahun 2021. Sekarang tinggal wajah hadapannya sahaja yang belum diperlihatkan, kita tunggu foto dan info selanjutnya!

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Wow..Ingatkan Alza Facelift yang EOL tu. Adakah Aruz akan laku keras?
    Alza – RM52k – RM63k
    Aruz – RM72k – RM77k
    Firasat akan mengatakan akan laku tetapi tidak keras macam Alza.

Leave a Reply