ARKIB

KATEGORI

Spyshots

PANAS : Ini ke Honda City Hatchback?

Foto tiris

Views

Ingat lagi tak kami pernah ceritakan kepada anda, yang Honda Motors Co. Ltd. Jepun telah mendaftarkan tanda dagang (trademark) nama City Hatchback di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam artikel terdahulu?

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Nampaknya ia bukan lagi rahsia kerana rakan kami Theophilus Chin telah memberitahu kami, foto rekaan paten Honda City Hatchback telah tertiris menerusi laman Instagram Canal Carros. Sebelum ini Theo pernah cuba membayangkan bagaimana reka bentuk City Hatchback dan hasilnya boleh dilihat menerusi pautan ini.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Jika dilihat pada foto-foto yang tertiris ini, ternyata tekaan kami sebelum ini tepat kerana reka bentuk City Hatchback mengambil inspirasi dari rekaan Toyota Vios (sedan) dan Yaris (hatchback). Yang membezakan model City versi sedan dan City Hatchback adalah rekaan belakang yang sekilas pandang persis model Mercedes-Benz A250.

Yang lain boleh dikatakan berkongsi komponen yang sama, tetapi jujur kami katakan rekaan City Hatchback jauh lebih ‘jantan’ berbanding Jazz generasi baharu yang nampak cenderung ke arah feminin. Apa yang kami boleh katakan, Honda membuat keputusan tepat untuk memperkenalkan City Hatchback untuk menggantikan Jazz generasi baharu.

Kami yakin model ini bakal menjadi kegilaan ramai peminat Honda di Malaysia nanti. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda City 2020

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply