ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Lukisan paten SUV Lotus tertiris!

Views

Setelah Lotus mendapat pemilik baharu iaitu Geely, mereka dalam diam-diam mempercepatkan proses pembangunan SUV pertama. Beberapa imej lukisan paten telah tertiris dari pejabat paten di China, menunjukkan rekaan sebuah crossover dengan gaya coupe dengan lekuk di bahagian bumbungnya (mungkin untuk fungsi aerodinamik). Sekali imbas, SUV Lotus ini mirip Toyota C-HR dan ada sedikit unsur rekaan SUV konsep Lotus APX.

Menurut laman sesawang CarNewsChina.com, SUV Lotus ini bakal dikeluarkan di China dan dibangunkan dari pelantar CMA hasil usahasama Volvo-Geely. Pelantar ini turut dikongsi bersama SUV Lynk&Co 01, Volvo XC40 baharu, SUV Geely segmen-B dan mungkin juga bakal SUV kompak Proton yang bakal bersaing dengan Honda HR-V dan Toyota C-HR pada 2019.

BACA >> RISIK : Perancangan masa depan Proton sehingga 2020

Penjana kuasa SUV Lotus masih lagi belum diketahui, namun ada kemungkinan enjin 2.0 turbo dari Volvo boleh menjadi calon yang paling sesuai. Enjin tersebut mampu menjana 187 hp dalam versi asas dan boleh ditala sehingga mencecah 300 hp dengan turbo dan supercharger. Lotus yang terkenal dengan menghasilkan kenderaan yang ringan, dan faktor ini mungkin menyaksikan beberapa bahagian badan SUV ini seperti bonet atau bumbung menggunkakan bahan serat karbon.

Tarikh pelancaran SUV ini masih belum ditetapkan dan ada kemungkinan ia muncul lebih awal dari yang kita jangka. Segala-galanya telah sedia dan paten pun sudah difailkan. Mungkinkah Lotus bakal mengejutkan dunia dengan mempertontonkan model konsep SUV hampir ke fasa pengeluaran di Guangzhou Auto Show bulan November nanti? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply