ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

Foto Bocor

Views

Di kala kehangatan Proton Saga 2019 sudah beransur reda, dalam diam-diam Perodua mengambil kesempatan itu dan bakal memperkenalkan model Axia facelift 2019 tidak lama lagi. Foto risalah model tersebut mula berlegar di laman sosial sejak petang tadi, memaparkan model berkenaan yang sengaja digelapkan selain menyatakan beberapa spesifikasi yang telah dipertingkat secara ringkas.

Turut dinyatakan pada risalah yang tertiris itu, “tempahan model tersebut kini dibuka”, namun sehingga setakat ini pihak Perodua masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya, kami jangka mungkin dalam masa terdekat. Axia facelift 2019 dijangka akan mengalami perubahan kosmetik luaran dan mungkin juga dalaman.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Jika diperhatikan pada risalah itu, kita hanya dapat melihat bentuk bar krom yang memegang logo Perodua di tengah-tengah jeriji yang berwajah baharu. Dari segi mekanikal, ia masih mengekalkan penjana kuasa dan kotak gear automatik/manual sama yang telah melayakkannya sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Axia facelift 2019 akan ditawarkan dengan enam pilihan varian (termasuk dua varian tambahan baharu):

  • Varian E yang hanya ditawarkan dengan transmisi manual sahaja.
  • Varian G dengan transmisi 4-kelajuan automatik.
  • Varian GXTRA dengan transmisi 4-kelajuan automatik (varian baharu).
  • Varian SE dengan transmisi 4-kelajuan automatik.
  • Varian AV dengan transmisi 4-kelajuan automatik.
  • Varian Style dengan transmisi 4-kelajuan automatik (varian baharu).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Apa ciri-ciri baharu yang telah ditambah baik pada Axia facelift 2019?

  • Pengenalan ciri Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0) yang turut ditawarkan pada model Aruz (untuk varian AV sahaja).
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Cengkaman (TRC) (untuk varian GXTRA, SE, AV dan Style sahaja).
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)  dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) (untuk semua varian kecuali E).
  • Kamera undur (untuk varian AV sahaja).
  • Sensor pada bampar depan dan sensor undur (untuk varian GXTRA, SE, AV dan Style sahaja).
  • Varian Style akan dilengkapi dengan bampar depan dan belakang jenis Style. Kami jangkakan varian ini merupakan versi untuk gaya hidup yang dilengkapi dengan kit ala crossover.
  • Varian E hanya dibekalkan dengan rim keluli (rim kompang) bersaiz 14 inci (ada lagi rim kompang rupanya).
  • Varian G, GXTRA, SE, AV pula akan dipasang dengan rim aloi bersaiz 14 inci, manakala untuk varian Style ia akan dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 15 inci.

Axia facelift 2019 akan ditawarkan dengan lima pilihan warna – Sunrise Orange (warna baharu), Midnight Blue, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White. Kami jangkakan ini adalah versi facelift Axia yang terakhir sebelum model serba baharu bakal menggantikannya pada tahun depan (D55L). Ini merupakan kali kedua Axia mengalami fasa facelift setelah kali pertama pada tahun 2017.

Sebenarnya kami telah mula ‘menghidu’ kehadiran model ini setelah menerima satu komen dari pembaca di laman Facebook, dan akhirnya ia terbukti berasas. Nantikan info selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply