ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Sedan pertama Perodua tunjukkan rupa sebenar!

Views

Setelah puas main sorok sorok, akhirnya muncul juga kelibat sebenar sedan pertama keluaran Perodua (kodnama D63D). Foto yang sedang mula berlegar di laman sosial ini telah dimuatnaik oleh Proton Community Malaysia sebentar tadi. Sekali imbas rekaan hadapan macam Persona 2016 kan?

Pada pengamatan kami, ada kemungkinan sedan Perodua ni adalah, Myvi versi sedan kerana banyak persamaan kelihatan pada rekaannya. Cuma bentuk sedan tu telah diolah dari model konsep Buddyz dengan gaya yang lebih menarik. Boleh jadi juga Perodua guna platform dari Toyota untuk bangunkan sedan ini.

Adakah sedan Perodua bakal menggugat Persona dan Saga apabila dilancarkan nanti? Kita nantikan, katanya lepas raya ni pelancarannya.

perodua sedan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

77 Comments


  • Mmm… rupa depan lebih baik drp model konsep perodua buddyz. Rupa depan dgn lampu depan besar n timbul rekaannya dh bukan seperti B segment. Dah mcm dari C atau D segment dgn rekaan corong udara luas. Bahagian belakang jer blum ada penampakan lagi:)

    Cheers!


      • spt biasa.. PROOTN akan lauch keta SEPARUH MASAK.

        test-bed 1st batch customer.. lps tu mereka kecewa menyumpah2 PROTON.. hasil doa mereka tu PROTON tak diberkati.. doa org yg rase terainaya. loan nk tanggung 9 thn.. apa blh buat!


  • kenapa depan seiras Iriz/Persona baru? designer kat Malaysia ni dah habis idea ke semua nak buat design sayap krom kat depan?

    MyVi vs. Savvy
    Iriz vs. Axia
    now, Saga & Persona vs. Perodua Sedan….


    • xde Iras pon.. Iras City 2009 sikit2 le kot
      Proportion ats lebih cantik kemas berbanding Iriz kt mulut’ di sepetkan’
      pelik2 idea desigtner Proton bg body mcm ikan buntal Iriz tu sptutnya proportion ambil kira keseluruhan. ni tiba2 kt front grill tu kecikk sepet sgt.. mcm tergantung.

      Kalau betul lah ini PRODUA sedan dn ade characteristic Toyota, mintak maap la PROTON.. terkial2 lagi lah lps ni buat rebate berpuluh2 %..

      sbb apa? sbb PROTON dilanda musibah sumpah seranah org yg terkena dan juga kartel perosak dalaman yg masih beraja tidak dihapuskan.. mereka2 ini ‘berkuasa’ dlm menetukan halatuju sehingga final decision jd MENGARUT dan buruk KUALITI.

      minta puppet PENGAMPU tetap komen ckett.. 🙂


    • itu bukan satu kesilapan, kalau ada 1, memang tak ke mana la perginya. even klcc pun kalau tak silap ada 2 kontraktor, tower sebelah kontraktor lain, tower sebelah kontraktor lain. barula bersaing untuk siapkan.


    • sebenarnya dr satu sudut, ia baik utk proton.. tgk dulu, proton berada dlm zon selesa, kuasai jualan kereta utk pasaran tempatan.. last2, mereka sambil lewa dlm bab kualiti, tak berusaha utk improve after sales.. akhirnya mereka dimakan sedikit demi sedikit

      klu nak berjaya, kena urus syarikat secara professional


    • Sepuluh syarikat pun tak apa….baru ada persaigan….pengguna banyak pilihan…semuanya ada permulaan…semua ada liku-liku berniaga…tapi syarikat tempatan pun dah 33 tahun (proton) dan 23 tahun (perodua)….bukannya “baby” lagi dah…matang dah kot…

      Toyota, Honda, Suzuki, Mazda, Mitsubishi, Daihatsu, Nissan, Subaru….semuanya jenama dari Jepun….apa macam?


  • TERANG TERANG TOYOTA VIOS YANG DIBENTUK SEMULA.SEBAB ITU UNTUNG TAK YAH KELUAR MODAL DAN TEST ON THE ROAD.TIBA TIBA BOOKING JE.TAK NYAH CERITALAH.


  • Sememangnya pesaing kepada sedan b-segmen. Jika D63D tersebut mendapat 5-star ASEAN NCAP maka D63D adalah juara ketegori. jika 5-star Dan harganya lebih murah Dari Persona maka, D63D juara keseluruhan di Malaysia.
    Kemungkinan menggunakan enjin yang sama dengan Vios
    Best of luck.


    • Biasanya harga Perodua ni lagi mahal daripada Proton walaupun safety feature nya jauh panggang dari api. Setakat 2 airbag je la. Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang ni jangankan Proton, Perodua pun orang tak beli sebab tangguh pembelian besar dan juga syarat2 pinjaman yang ketat oleh bank sekarang ni kan.


      • Dalam keadaan ekonomi yang dikatakan kurang memberangsangkan, orang masih membeli kereta walaupun syarat pinjaman ketat. Biar pun mencatat penurunan, perodua masih dapat jual beratus ribu unit.

        Yang tertekan adalah proton, Toyota, Nissan dan jenama korea dan continental seperti VW, Renault dll. Mungkin sekarang zaman gemilang perodua dan Honda di pasaran Malaysia.


      • Kepada pembeli kereta import sebaiknya tunggu sehingga TPPA 2018. Dijangka harga kereta import Dari negara peserta TPPA akan turun 10% hingga 50%.
        Kereta import berharga di bawah 100k dijangka turun sehingga 10%.
        Manakala kereta import yang berharga 1juta ke atas dijangka turun sehingga 40% dan 50% ‘jika’ di Pasang di Malaysia.

        p / s : Tertakluk kepada negara peserta TPP sahaja.


    • Kalau dari segi kejuruteraan dan perkilangan, memang persaingan yang tidak sihat dan tidak adil antara proton-perodua. Namun dari segi perniagaan, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan hakikatnya.

      Malaysia sudah menyertai pelbagai kerjasama perdagangan seperti AFTA, TPPA dll. Menarik semula status kereta nasional dari perodua tidak akan menjadikan harga kereta perodua menjadi semakin mahal, kerana perjanjian perdagangan serta polisi automotif negara sudah banyak berubah. Malah kerajaan telah memberikan status EEV sehingga kereta jenama luar yang memenuhi kriteria berkenaan dapat dijual pada harga yg kompetitif di pasaran malaysia.

      Saya yakin, 4-5 tahun akan datang, kereta bukan mewah jenama luar akan menjadi semakin kompetitif berbanding sekarang dan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang sesuai dengan taraf ekonomi yang semakin meningkat.


    • sebab itu proton perlukan rakan kongsi strategic.. proton tak boleh buat semua model dari 0.. sbb bukan 2,3 model yg perlu dihasilkan, start dr A, B, C, D segmen, MPC, SUV.. industry automotif pd 20, 30 tahun dulu sgt berbeza..

      dulu cukup dengan kereta sedan, jualan proton pernah mencecah 200k setahun


      • time 200k tu le proton sombong tahap dewa.
        pedajal pembeli dgn mslh, xpnh recall, service center buat kje mcm bengkel pokok ceri, pndek kata tenyeh pembeli ckup2. nah skrg market terbuka.. kenal lah langit tinggi rendah. hukum karma.

        akhir2 Mac lepas proton lost RM0.7 billion lagi.. belum carry fwd losses lepas2..


      • Ya, sememangnya Proton perlukan rakan kongsi strategik secepat mungkin.. Jual saham PHB sebanyak 50% atau lebih kepada syarikat gergasi automotif.. Lepaskan kuasa pentadbiran kepada syarikat gergasi tersebut untuk memajukannya..


  • Kereta perodua sedan yang bakal dilancarkan akhir tahun ini akan bersaing secara langsung dengan saga nanti. Perodua menyasarkan 5 asean ncap dan versi tertinggi akan dilengkapi ESC.


  • Yelah bile tengok sedan ni betul2 mcm vios,etios n other things from japan , tp mmg btullh persepsi rakyat malaysia salah , mereka nak bezakan kereta yang nak kene ubah 360°( persona ) dgn kereta kene ubah 180°( p2) tp proton walaupun x brape nk ok , tp technologies,5 star safety ratings yg mereka bg kt preve,suprima s n iriz tuh berpatutan dengan harge . perodua myvi gitu2 je harge dh dkt dgn 60k . kite tunggu ape akan jd dgn proton iriz sedan n perodua sedan yg x tau mane dtg nih…


  • Ikut sumber dari pekerja perodua, model sedan ni di buat di kilang baru perodua. Kilang yang sama produce model Axia (FYI, kilang lama produce Myvi & Alza).

    Body sedan dan axia lebih kurang sama. Cuma panjang sikit. So, tak banyak modifikasi pada mesin di kilang baru.

    Enjinnya pula jenis NR 1.5liter, keluaran kilang DPEM (Daihatsu Perodua Engine Malaysia, Sendayan). Transmission juga dari sendayan.


  • kita bincang fundamental itu ini tp end user buat loan nak keta yang MEMENUHI citarasa dan BOLEH PAKAI TAKDE MASALAH pelik2… dgn kata mudah puas hati pakai!!

    kasi warranty 5+2 orang tak heran jika ade je benda nak kena ke SC untuk repair n claim wrrnty. perniagaan tak peduli u re badge 180 ke 360 ke janji penawaran itu memenuhi citarasa pembeli dr segi kos dn reliability.!


  • Rating 5 star ancap dan penjagaan enjin yg tak ‘sakit kepala’ melalui tu bakal memusnahkan legasi proton dlm segmen B.. Andai ricardo GDI turbo dilancarkan secepat mungkin dgn prestasi baik dan maintenance yg minima tak mustahil proton mampu bersaing


  • Sekali pandang, rekaan hadapan nampak lebih kemas berbanding Proton Persona 2016, ada influence ala-ala Volkswagen Polo Sedan /Vento. Proportion dan saiz kereta ni pun tak pelik dan janggal seperti Proton Persona 2016.

    Design macam ni sepatutnya Proton apply kat Persona tu.

    Apa apa pun kereta Perodua ni dijangka akan ‘tapau’ Proton Persona dan Saga, sebab bab harga Perodua memang murah tapi bab keselamatan tak diketengahkan. Ramai orang lebih kisah pasal harga dari safety. Tengok je lah berapa banyak Axia kat jalan raya.

    Melainkan Proton lebih bijak meletak harga yang kompetitf seperti Perodua dan juga tahap kualiti yang kononnya Proton dah pertingkatkan bak kata Tun M, mungkin Persona akan laris di pasaran.


  • Sekali lagi Zam 1- Azlano 0………..”Proportion” is Proton biggest problem dari dulu sampai sekarang (akibatnya kereta Proton selalu nampak x siap), kalau dinilai dari sudut “Styling” lah…


    • Kalau kereta asas tu drpd hatchback, memang sukar nak buat kereta sedan yang betul2 proportionate (tinggi kereta tak lebih 2.5 kali ganda tinggi fender roda). D63D sedan di atas pun tidak proportionate, cuba lihat betul2… roofline tingginya lebih 3 kali ganda dari ketinggian tayar. Yang penting, ruang dalam adalah praktikal dan selesa untuk duduk secara natural (ergonomik).

      Kereta roofline yang seksi seperti Cerato dan Civic baru nampak cantik luar, tapi cuba duduk betul2 di seat belakang. Posisi seat dibuat lebih rendah dan ergonomik (posisi punggung) kurang ‘natural’ berbanding Altis yang kelihatan lebih konvensional tetapi ruang duduk yang sangat selesa.


  • Setuju kerana nak seimbangkan Estetika dan Ergonomik bukan pekerjaan yg mudah. Salah satu mmg terpaksa dikorbankan sedikit, bukan byk. “Decision making” akan bergantung pd research pulak. Pelanggan akan cenderung memilih yg mane semasa membuat pilihan pembelian? “kereta nampak pelik xpe janji seat belakang selesa”.. atau “keta biar cun sebab aku nak drive hari2 biar nampak bergaya, seat belakang anak2 kecik je duduk tu pon sekejap je”…..again research yg baik dapat menentukan “Decision making”.


    • back to context, Nak kate D63D cantik, x lah sangt pon, nak kate original mmg x aa tpi sekali tgk die nampak just OK x de cacat. So senang customer nak wat decision. Kalau kete yg ade je cacat skit n customer dah start nak pikir panjang tu yg big chance customer akan lari ke brand lain. n kene ingat lagi satu Proportion bukan setakat nisbah tinggi roofline n tayar je..tu basic. Setiap Line, form, volume, kalau pandai diolah dapat mengaburi mata utk balance kan proportion yg kurang balance disebabkan oleh faktor2 ergonomic,manufacturing, aerodynamic..dll. Kalau tgk Persona baru, roofline mmg cantik ala2 cerato. tapi tgk Cerato dari side view n tgk bumper die agak terkeluar skit supaya kereta nampak mcm panjang. Persona pulak x, n sebab tu nampak kontot…

      mungkin designer proton x salah, sebab diorg design ikut telunjuk “kartel perosak” dalm management yg berjaya mensabotaj dan membuatkan bumper Flagship model Perdana tampak seperti Saga lama Baseline model…..haha


        • betul tu bro.
          kepala2 dalam Proton suka buat decision pelik2. susah nak hadam bila tengok keta2 Proton ni.
          contoh mcm Iriz.. proportion front grill ‘sepet’..nisbah dgn rupa depan.. mcm tak masuk dgn side profile dan keseluruhan bentuknya mcm ‘IKAN BUNTAL’ tu sbrnya smpai skrg nampak tk OK. wpun hari2 tgk depan mata.

          Exora, side profile nampak ok dh..sporty, smart tp bila menganjur ke belakang.. tetiba mcm masuk ‘dunia’ lain.. macam profile van pulak.. nampak lebar smcm, mcm, cutting mcm ‘org tua’

          SAGA BLM dulu lagilah bumper belakang besar gabak, nisbah dgn saiz bonet dn ketinggian keseluruhan.

          so.. xde sape dlm Proton yg celik mata sikit ke sedar kecacatan rupa keta2 Proton.


          • Mmm… senyumkn saja la. Kat sini mmg ramai yg berangan nk jadi designer. Hehe… termasuklah sy.:)

            Apa2pun kena ada basic n ilmu dulu otherwise… kena gelak dlm hati jer. Ekeke

            Cheers!


          • Setuju dengan komen Chris & Ahmad, yang melihat daripada perspektif kehendak pelanggan. Pembeli akan lihat rekabentuk produk dari dimensi nilai estetik, iaitu salah satu daripada 8 dimensi kualiti.


  • Walaupun Perodua rebadge dan R&D x menyeluruh mcm Proton yg buat from zero up, tp strategi Perodua mengena sebab design overall yg win di mata majoriti orang.
    Seriously, kebanyakan orang beli kereta mesti nak tgk lawa je. Tanya 10 orang randomly, antara Iriz atau Myvi/Axia, antara Exora atau Alza, aku pasti jawapannya lebih byk pada Perodua. Soal spec tu letak tepi dulu. Kat opis aku ni ramai kaum hawa dari umur awal 20an hingga nak pencen, rata2 pilih Perodua sbb design cantik di mata. Yg lelaki pun nak beli kereta kdg2 tanya gf/wife, bila gf/wife pilih Perodua, dia pun pilih je apa yg minah tu suka.
    Proton, freshkan design kalau nak bersaing. Pilih design yg win for majority of people. Jangan degil dan sombong. Aku sampai skrg nmpk Iriz mcm ada identity crisis, depan dan blkng design language x selari.. Axia yg advance aku masih ckp hodoh sbb depan nganga besar x sesuai, tp Axia standard depan tu cun.
    Kalau tanya aku, aku pun kata sedan ni nampak lawa, x lebih tak kurang, just ngam.


    • study case.. kenapa kebodohan pembuat keputusan dalam Proton menyebabkan proton menerima nasib yang sama- tak diminati majoriti pembeli:
      contoh, EXORA MPV

      Exora mmg best handling, powerful, aircond cooling btu capacity yg terbaik..(maknanya ckup sejuk lah) just sikit2 bising CVT n vibration enjin agak ketara time IDLING.. ok lah tu..still acceptable..

      ia produk terbaik sbrnya…, tp syg bodohnya management proton tak nak GROOM model ini supaya lebih Premium… bagi management proton asal premium je letak ‘fake leather’/ PU. tampal2 dr seat fabrik spec biasa. sptutnya bila leather kena revise ergonomic design spy lebih bucket type sbb leather FAKE mmg xselesa duduk. better fabric.

      dr segi overall interior Exora masih nampak sgt CHEAP PLASTIC.. xde langsung effort nk letak penyedap mata.. kan ia kenderaan kelaurga.. MPV.. study la sikit.. cmne nk bg ahli keluarag suka… so jdlah mcm keta yg tksiap.. console HU yg main tampal mcm tu..mcm keta prototype.. cuba tgk keta2 brand lain ade ke tampal HU lepas tu tebok buat lubang utk Audio CD player.. xde effort nk letak gap stripping bg nampak bkn ahbeng fiberglass

      nampak sgt kerja pemalas dan membodohkan pembeli. Exora xde la murah pon.. dkt RM80k. dgn stkt itu je twaran proton… so itu je lah sales yg Proton dapat dgn kerja cukup2 makan.

      proton belum matang memahami pasaran dan kehendak popular customer..tk kira lah di malaysia atau di Asia Barat atau di Amerika Selatan.. taste manusia nak CANTIK dan SELESA.. proton keje menyumbat mcm2 after market accessories berbanding yg important utk pastikan pembeli suka.

      maaf aku cakap bodoh sebab Proton skrg tengah nazak, dengan tanggungan kerugian berbillion, hutang meleret, bila buat kerja tak capai target maknanya bodohlah. bodoh sbb nak bunuh diri sendiri.. kluar keta mcm2 model tp semua taraf ‘SEPARUH SIAP’..hmm menempah ‘keranda’ sendiri lah Proton!


      • Sayang ek…dah ade chance develop keta from scratch hasilnye keta separuh siap jugak yg diorng kasi. aku rase istilah Proton Haters x wujud kalau Proton buat decision betul2 dan tak bleh asal boleh je, janji ada punya mentaliti…tapi tulah apo nak dikato, melopong yo lah..

        rakyat pon bukan lah nak sangat support Perodua-( duit hanta balik poie Jopun gak). Tapi dah x de pilihan dah. harga mampu milik, design takat OK je laa( tpi ade peningkatan- myvi 1st gen burok gile kot!- tpi 2nd gen dah start ok), kualiti bagus…tu je/ keta kat malaya ni pon harga mmg zalim x ingat…so org mmg kene buat pilihan yg bijaksana..


  • kalau betul enjin utk model sedan ni 1.5L.. sy tak rasa model ini akan laris mcm axia.. perlu di ingat, perodua baru dalam segmen sedan dan model ni perlu bersaing dgn persona r

    dr sudut design, persona r lebih mengancam.. klu pembeli pilih sedan perodua pun atas factor Toyota dan imej jenama proton yg lebih negatif


  • tu dia…sedan p2 dah kluaq dah…cantik,reliable, after sales service bagus.safety pun improve…
    tu dia…habis proton x sempat kluaq kete baru dah kene canteh dah…apala nasib….apala nasib…hahaha


    • nasib padan muka ler untk company sombong 30 tahun xnk ikut selera customer.. nak ikut selera puak2 ‘penjahanam’ dlm proton tu.. signal stalk pun diorg degil nk ikut selera ‘conti’ kunun2..


    • Dengan keluarnya perodua sedan ni nanti, gabungan jumlah jualan Saga, Persona, Preve & Perdana takkan mampu nak tandingi jualan satu-satunya sedan dari Perodua. Aku tak listkan Iriz, Exora, Satria Neo & Suprima S, sebab bukan kategori Sedan.

      Nak lawan Perodua, Proton kena ada segment SUV crossover dari platform Suprima S, truck pick up dari platform Exora. MPV segment B dari model suzuki ertiga tu pun boleh jadi batu loncatan untuk memulihkan Proton. Exora patut dah ada facelift untuk MPV segmen C ni. Tukar sikit bentuk lampu depan & belakang, buat bentuk curve sikit2. Lampu belakang menegak tukar kepada melintang.


  • Saya cadangkan PM cuba tarik negara2 ASEAN beli share PROTON konon2 jadilah ASEAN car. Dengan itu, kita berkongsi sama rata kerugian, bukan sahaja kerajaan Malaysia. Selain itu, Presiden2 negara2 ASEAN yang lain akan juga paksa kerajaan dan rakyat guna PROTON sebab mereka ada share dalam company ini. Kita boleh gula2kan mereka dengan membeli ekzos dan tayar dari Indonesia, bahan2 plastik dari Vietnam, skru dari Myanmar dan Laos, serta plastik sampul seat baru dari Thailand sebagai mengaburi mata kononnya mereka ada bahagian dalam pengeluaran kereta ASEAN ini. Selain itu, tunjukkan juga yang mereka memiliki LOTUS secara tak langsung melalui pemilikan proton. Selepas membuahkan hasil, kita terbit pula share baru dan jual share ke Amerika latin pula macam Chile, Argentina. Guna je strategi yang sama. Lagipun PM pernah cakap kita mesti jadi glokal.


    • Sukar.kereta Asean mesti equal in tern of share.outsource vendor skit2 ke vendor asean akan jadikan proc cost tgg n susah monitor.mati local vendor.pastu tiap2 negara asean ada different preference, pick up truck mini mpv..pastu tokey2 kaya asean yg mkt n pasang brand overseas akan revolt


    • Mmm… proton perlukan rakan strategik, bukannya pengambilan saham oleh org asing. Melalui rakan strategik, kedua2 pihak nanti akan mendapat manfaat yg sama. Haha… strategi tu jepun dah apply kat perodua… beli la kereta perodua berstatus kereta nasional. Walhal perodua adalah anak syarikat toyota… guna fasiliti status kereta nasional dlm Dasar Automatif Negara (DAN), x perlu bayar tarif duti cukai itu ini sebagai kerta import n buka kilang di M’sia. Kilang perodua tapi melambak produk toyota selain produk perodua. Rebadge jer model daihatsu/toyota, model tu jadi model facelift model toyota dgn kos perodua. Kata eksport perodua, tapi guna logo toyota daihatsu:P …Ini baru glokal:P

      Cheers!


      • Susah nak cari rakan strategik tanpa pengambilan saham. rakan strategik pun biasanya nak kawalan ke atas syarikat. Kalau setakat perjanjian seperti proton dengan Honda dan Suzuki, ia mempunyai had-had yang ketat.


      • Saudara Fauzan, kita kena berdepan reliti dan keluar dari delusi. Kita patut tengok Britain dalam hal2 ni. Kita lihat sahaja nama-nama gah dalam dunia automotive di dunia majoriti datang dari sana bukan? Lotus, GM, Rover, Land Rover, Jaguar. Tapi apa jadi kepada semuanya? Semuanya sekarang dimiliki orang luar. Kenapa? Ini kerana setiap syarikat tersebut mengalami kerugian selama bertahun2 lamanya. Tapi apa yang kerajaan Britain buat? Mereka jual syarikat ini berdasarkan siapa yang tawarkan harga yang lebih dan juga mengambil alih semua hutang2 bertimbun syarikat2 tersebut. Kerugian ni semuanya akhirnya ditanggung oleh pelabur-pelabur luar ini.
        Tapi ada satu perkara yang kita tak nampak yang kerajaan Britain buat. Setiap pengambilalihan ini, pelabur tersebut perlu kekalkan operasi syarikat di sana juga, mengambil perkerja2 tempatan. Secara tak langsung merkea perlu bayar cukai kepada kerajaan Britain setiap tahun. Bukankah ini lebih menguntungkan.
        Kita tolak saja proud and pride kita. Takkanlah kita dan generasi akan datang nak berterusan menanggung dan mensubsidi syarikat2 tak berdaya maju ini?
        Bila cerita tentang kebanggaan, kerajaan Britain juga telah membina Stadium Olimpik, iaitu Queen Elizabeth Olympic Park untuk Olimpik 2012. Tahu apa yang mereka buat selepas temasya olimpik berakhir? Mereka tender stadium tersebut dan ia telah jadi tuan rumah West Ham United setelah dibeli oleh kelab bola tersebut dengan memberi pulangan keuntungan kepada kerajaan mereka. Apa cerita pula stadium Bukit Jalil selepas sukan komanwel? Masih diurus kerajaan, rumput dah berapa kali rosak dan tukar macam2 rumput, kemudahan pun dah teruk, semuanya perlukan dana dari kerajaan. Stadium Olimpik London? Sehingga kini kerjaan Britain tak perlu langsung bayar satu sen pun untuk penyeggaraan stadium tersebut.
        Dengan soft loan RM1.5b kerajaan beri kepada Proton boleh bina lebih kurang 4 universiti awam atau 2 hospital pakar atau 4 hospital daerah atau lebuh raya sepanjang beratus kilometer atau pendidikan percuma kepada 30 000 penuntut universiti. Jadi mana ynag kita nak?
        Lagipun, penubuhan Proton dah capai pun matlamatnya. Iaitu menjadikan kita negara industri dari negara pertanian serta melahirkan ramai profesional seperti jurutera dalam pelbagai bidang serta elak pengaliran wang ke luar negara.


    • Pengambilan saham oleh syarikat asing perlulah Dari syarikat gergasi automatif sahaja.. Mission Dan vision nya lebih jelas sebagai automaker..


  • Proton sebenarnya dah ketinggalan satu peluang yang amat besar baru-baru ni. Sedar tak Googgle dan Apple nak buat kereta sendiri. Sepatutnya mereka cepat hidu peluang ni dan tawarkan kepakaran kepada 2 company ni. Tapi Google dah pun jumpa partner dia iaitu Chrysler, Apple pula dah poached otai2 automotif dari company2 lain.


  • bro…do u think apple and google recognize this so call “proton”? By looking at the sales performance and so on…will apple and google take proton as their specialist reference?


  • it’s american based company bro…totally different..sumore they’re the only one automotive company which only focusing on the electric vehicles. talking about american based…pengaruh dia lain…

Leave a Reply