ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu kereta idaman anda dengan harga sepinggan nasi lemak – SOCAR

Views

Sempena pengembangan armanda mereka, ahli-ahli SOCAR boleh menempah dan memandu kereta pilihan mereka dari harga serendah RM 3 – 6/sejam dengan minyak bernilai 30km untuk tempahan setiap jam sempena minggu perayaan. Ia bakal berlangsung dari 7 Mei hingga 13 Mei 2018.

Dengan nilai RM3 (harga sebotol air mineral dari kedai runcit atau sepinggan nasi lemak dari kedai mamak), SOCAR membolehkan anda memandu kereta idaman. SOCAR telah dilancarkan pada bulan Januari 2018 hanya dengan 240 kereta, dan kini telah berkembang lebih daripada 300 kereta, di 150 lokasi yang berbeza di Lembah Klang.

Aplikasi ini juga telah mengumumkan penambahan model kereta baru sejak pelancaran, antaranya adalah Volkswagen Polo, Alza and Perodua MYVI terbaru, Toyota Vios dan Corolla Altis dengan kereta mewah Mini Cooper. Penambahan model kereta kini menawarkan lebih banyak kebebasan kepada ahli-ahli untuk memilih kereta kegemaran mereka.

Leon Fong, Ketua Pegawai Operasi SOCAR Malaysia berkata, perkongsian kereta adalah sebahagian matriks multiflex dan syarikat amat teruja untuk menyaksikan komuniti ini berkembang, terutamanya apabila orang ramai mula memahami bagaimana ia boleh memberikan mereka fleksibiliti tambahan dalam kehidupan seharian.

Selain peningkatan populariti SOCAR, aplikasi ini telah menerima sokongan positif daripada 45,000 ahli mereka. SOCAR adalah untuk semua orang seperti nasi lemak, dan syarikat akan terus meluaskan liputan untuk berkhidmat di lebih banyak tempat dan membuat gaya hidup matriks multiflex ini lebih mudah untuk komuniti kita.

Minggu perayaan inin akan bermula pada 7 Mei 2018 dan berakhir pada 13 Mei 2018 dengan harga berikut:

Kadar Mingguan Perayaan SOCAR
TempohAxiaMyviCityViosPoloAlzaHR-V
(Mulai jam 9pg 07/05/2018 hingga 7mlm 13/05/2018)RM3RM4RM5RM5RM4RM4RM6

Semua tempahan termasuk minyak serta insurans. Aplikasi SOCAR tersedia untuk dimuat turun daripada Google Play dan Apple Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply