ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu secara gopoh dan halang penjawat awam iring orang kenamaan, lelaki direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan, dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Justeru, beliau berkata, polis menahan lelaki berusia 36 tahun itu kerana disyaki terbabit kes berkenaan, dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ujar beliau, individu itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.

Noor Dellhan berkata, pihaknya memberi amaran supaya orang ramai tidak terbabit sebarang kesalahan melanggar undang-undang, dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis KL

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply