ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu secara melulu dan berbahaya, polis cari pemandu warga Singapura dalam video tular

Berita Tempatan

Views

Polis sedang mengesan pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang dipandu secara melulu dan berbahaya di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela dari Sungai Rengit menghala ke Bandar Penawar di Kota Tinggi baru-baru ini.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata kejadian dikesan berlaku pada Ahad (3 April) dan dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman Facebook ‘pen hitam’ dan tular di media sosial.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Katanya pihak polis mengesan video tular sejak kelmarin, kira-kira jam 2.30 petang yang berdurasi 41 saat. Video itu memaparkan sebuah kereta jenis BMW berwarna emas yang dipandu dalam keadaan berbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara melulu, dan boleh menyebabkan kemalangan.

Susulan rakaman itu, pihak polis bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Kota Tinggi membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Rakaman video tular itu antara lain memaparkan sebuah BMW berwarna emas yang bernombor pendaftaran Singapura dan dipercayai dipandu warga republik itu, memotong kenderan lain di atas jalan raya secara bahaya.

Malah turut kelihatan beberapa buah kenderaan lain yang juga bernombor pendaftaran Singapura dipandu laju di dalam video terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply