ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu secara melulu dan berlumba, tujuh samseng jalanan diberkas

Berita Tempatan

Views

Tujuh samseng jalanan yang mempamerkan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sekitar daerah Seremban, bermula pukul 11.00 malam semalam sehingga awal pagi tadi.

Utusan Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, penugasan operasi tersebut dijalankan Skuad 42 JSPT IPK Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Katanya, hasil operasi berkenaan, tujuh individu bersama tujuh buah kenderaan yang dipandu ditahan kerana melakukan kesalahan memandu secara melulu, berbahaya dan bersaing sesama sendiri serta berulang-alik.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Ia bermula dari arah lampu isyarat Taman Matahari Heights menghala ke arah lampu isyarat Taman Seri Pagi, Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban pada awal pagi ini.

Jelasnya, polis menahan empat lelaki dalam anggaran umur sekitar 26 hingga 27 tahun bersama empat buah kenderaan yang dipandu mereka.

Tambahnya, keempat-empat individu terbabit yang bekerja dalam sektor swasta ditahan selepas melakukan aksi memandu kenderaan secara bersaing sesama sendiri serta memotong secara zig zag terhadap kenderaan lain yang menggunakan jalan berkenaan sebanyak lima pusingan.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Shafiei berkata, BSPT IPD Seremban turut menahan tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun yang bekerja dalam sektor swasta bersama tiga buah kenderaan yang dipandu di lokasi sama.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut. Permohonan reman dibuat hari ini dan kesemuanya akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang dari RM5, 000 dan tidak lebih daripada RM15, 000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply