ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu uji kereta Proton dan sertai peraduan “Experience the Drive”

Views

Selari dengan slogan “It’s In The drive”, Proton telah melancarkan peraduan “Experience the Drive” untuk memberi peluang kepada pelanggan memandu uji kereta Proton dan merasai pemanduan kereta disamping mengetahui lebih lanjut mengenai ciri ciri  keselamatan pada kereta keluaran Proton yang mendapat pengiktirafan empat dan lima bintang dari ASEAN NCAP.

Pelanggan yang memandu uji kereta Proton, di mana mana bilik pameran Proton atau semasa siri jelajah, layak untuk menyertai peraduan mingguan dan bulanan serta berpeluang untuk memenangi kad petrol bernilai RM500 sebagai pemenang mingguan dan wang tunai RM3,000 bagi pemenang hadiah bulanan. Peraduan ini telah bermula pada 1 Mac 2017 dan akan berlangsung sehingga hujung tahun.

Cara untuk menyertai peraduan sangatlah mudah. Hanya perlu memandu uji kereta Proton dan tulis slogan pendek yang kreatif atau penerangan mengenai pengalaman pandu uji dalam borang peraduan tidak melebihi 20 patah perkataan. Pelanggan amatlah digalakkan untuk menggunakan aplikasi mudah alih MyProton untuk menempah sesi pandu uji bagi memilih masa, tarikh serta lokasi yang sesuai.

Minggu pertama Peraduan “Experience The Drive” telah menyaksikan lebih 200 penyertaan dan dua orang pelanggan telah dinamakan sebagai pemenang mingguan. Mohamad Darulhisham bin Mohd Rashid dari Kedah dan Saliza binti Ahmad dari Melaka telah dipilih sebagai pemenang mingguan dan mereka telah menerima kad petrol bernilai RM500 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi Proton www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau Instagram di instagram@ProtonCars. Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

Winner for week 1, Puan Saliza binti Ahmad from Melaka Winner for week 1. Encik Mohamad Darulhisham bin Mohd Rashid dari Kedah (2)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply