ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu Uji & Menang Sebuah Proton Suprima S Menerusi Kempen “It’s In The Drive”!

Views

PROTON Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, PROTON Edar pertama kalinya melancarkan kempen “It’s in the drive” dan Peraduan ‘Pandu Uji & Menang’ kepada semua rakyat Malaysia. Kempen telah bermula semalam akan menjelajah ke seluruh Malaysia melibatkan beberapa lokasi tumpuan utama serta pusat beli-belah di negara ini dari 23 Januari sehingga 31 Mac 2016.

Peraduan “Pandu Uji & Menang” terbuka kepada warganegara Malaysia dengan kad pengenalan atau pasport dan lesen memandu yang sah. Pemenang peraduan berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan seperti TV LCD 42”, barangan elektronik seperti telefon bimbit dan iPad mini yang bernilai hampir RM150,000. Hadiah utama berupa sebuah Proton Suprima S 1.6 premium.

“PROTON merupakan pengeluar kereta nasional sejak 30 tahun lalu dan kami berharap akan terus memacu kehadapan untuk kekal relevan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kempen ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran mengenai kemajuan model terbaharu Proton berbanding model terdahulu. Salah satu cara untuk merasai perbezaannya ialah dengan memandu uji sendiri dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik,” ulas Dato ‘Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

En Norzahid Zahudi, CEO of PROTONEdar launching the contest

Kempen akan bermula hujung minggu ini iaitu pada 23 & 24 Januari 2016 pada jam 10 pagi – 10 malam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Kempen ini juga turut menawarkan kadar faedah 2.8% bagi semua kereta Proton dan skim graduan khas dengan ansuran bulanan bermula dari RM258 sebulan. Rebat sehingga RM3,000 ditawarkan kepada semua pemilik Proton sebagai ganjaran kesetiaan. Ini merupakan tawaran pertukaran yang hebat untuk semua pemilik kereta Proton di mana mereka boleh menukar kereta lama mereka kepada kereta Proton yang baharu dengan rebat sebanyak RM100 bagi setiap tahun usia kereta mereka.

test drive

Selain itu, diskaun sehingga RM6,200 bagi model 2015 yang terpilih juga disediakan. Pada kempen pelancaran ini, sesi pemanduan berhemah turut dijalankan di mana pelanggan akan diperlihatkan dengan kemahiran pemanduan yang betul untuk mencegah dari berlakunya kemalangan atau perlanggaran, mengenalpasti ancaman dan bahaya serta bagaimana untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.

“Kami sentiasa menegaskan bahawa PROTON bukan sekadar syarikat pengeluar kereta dan melalui kempen ini, pelanggan boleh alami sendiri pemanduan yang selesa. Ia adalah satu-satunya cara untuk memahami tahap kejuruteraan yang wujud dalam setiap model Proton yang telah kita bina, ” tambah Dato ‘Harith.

Pemilik kereta Proton juga digalakkan untuk menghantar kereta mereka untuk pemeriksaan keselamatan 30 mata percuma yang merupakan sebahagian daripada kempen keselamatan Tahun Baru Cina. Pemilik turut berpeluang mendapatkan harga istimewa untuk pakej servis bagi pemeriksaan berjadual mereka di samping diskaun 30% ke atas semua barangan Proton sepanjang tempoh kempen ini diadakan.

Kunjungi mana-mana bilik pameran PROTON di seluruh negara dan pandu uji mana-mana model Proton, isi borang pandu uji, jawab beberapa soalan mudah dan peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan. Untuk memenangi hadiah utama, tempah kereta PROTON semasa kempen ini dijalankan dan berpeluang untuk membawa pulang sebuah kereta Suprima S.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “It’s in the Drive”, peraduan “Pandu Uji & Menang” dan model Suprima S, kunjungi bilik pameran PROTON atau layari laman web www.proton.com

customers at the booth Pandu Uji & Menang suprima s grand prize test drive

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply