ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

PANDU UJI: Nyaris berlanggar semasa menguji secara ekstrem Honda Sensing dalam hujan lebat

Views
Cuaca Malaysia terlalu ekstrem untuk Honda Sensing?

Honda kini menawarkan pakej Sensing yang membantu pemandu mengelakkan kecelakaan ketika memandu. Sistem ini berfungsi dengan kamera dan pelbagai alat pengesan lain bagi membantu pemandu mengekalkan jarak dari kenderaan di hadapan, mengelak kereta bertukar lorong tanpa signal, membrek skiranya ada halangan di hadapan, menarik stereng sekiranya ada kenderaan di titik buta, membrek sekiranya pemandu terlelap dan memberhentikan kereta.

Ianya antara sistem bantuan pemandu yang paling canggih dalam kategori separa-berautonomi. Ciri ini ditawarkan pada model CR-V dan Accord dan dijangka akan mula ditawarkan dalam model lain Honda juga. Kami amat mengalu-alukan teknologi ini diperkenalkan oleh jenama Jepun lain bagi memberi tekanan kepada jenama mewah Eropah yang kini ‘kedekut’ dengan sistem serupa dalam model mampu milik mereka.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Dalam video ini kami nyaris berlanggar dengan kenderaan di hadapan semasa menguji secara ekstrem Honda Sensing dalam hujan lebat. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod pandu uji yang lepas, Kami lenjan ‘kaw-kaw’ BMW M5 F90 bernilai RM1 juta di Litar Sepang.

Betul ke BMW M5 terkini terlalu lembut? Kami uji di Sepang

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply