Jika semalam kami memuatnaik video ujian sistem Honda Sensing secara ekstrem dalam keadaan hujan lebat sampai nyaris berlanggar dengan kenderaan di hadapan, hari ini kami uji pula sistem sama dalam kesesakan lalu lintas dan hujan renyai. Sistem bantuan pemandu Honda Sensing menjadikan kereta ini separa-berautonomi dan ini memberi peluang kepada kami untuk melihat bagaimana tindak balas kenderaan tanpa pemandu.
Sistem ini tidak mengambil alih stereng sepenuhnya, tetapi ia boleh memastikan kenderaan berada di dalam lorong, wlaupun jika kita terleka atau terlelap seketika. Selain itu ia boleh mengikut lorong dan kelajuan kenderaan depan bagi mengurangkan beban pemandu dalam perjalanan jauh ataupun kesesakan lalulintas.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz ‘facelift’ ditemui lagi, kali ini lebih jelas!
Sistem dalam Honda Accord ini berfungsi pada kelajuan minima 25km/h dan ini berbeza dengan sistem pada CR-V yang boleh berfungsi sehingga kenderaan berhenti terus, ini menjadikannya lebih sesuai untuk penggunaan dalam kesesakan trafik di kawasan bandar. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain!
Jom tonton episod pandu uji yang lepas, “Nyaris berlanggar semasa menguji secara ekstrem Honda Sensing dalam hujan lebat”.
JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI