ARKIB

KATEGORI

Buletin

Panel solar kilang Goodyear Malaysia dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Semalam Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Puan Yeo Bee Yin telah merasmikan pelancaran inisiatif pemasangan panel solar di kilang Goodyear Malaysia, Shah Alam. Sebanyak 6,680 unit panel solar telah dipasang pada bumbung kilang tersebut dan inisiatif ini adalah selaras dengan misi global Goodyear untuk memacu kemampanan dan mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Pengarah Operasi Pengilangan untuk Goodyear Asia Pasifik, Ramon Le berkata sebagai pengeluar tayar terkemuka di dunia, inisiatif yang diambil ini adalah untuk melindungi orang ramai, pengguna dan juga planet. Inisiatif ini bermula dengan program yang dikenali “Better Future” pada peringkat korporat beberapa tahun yang lalu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift ‘terdedah’ di lokasi penggambaran iklan

Menerusi program itu, mereka telah mengenal pasti lebih dari 600 projek cekap tenaga yang memberi fokus kepada pelindungan alam sekitar. Di Malaysia sahaja, mereka telah melabur hampir 5.7 juta Dolar Amerika untuk kilang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kemampanan tenaga dan alam sekitar sejak 2015.  Usaha ini telah berjaya mengurangkan hampir 17 peratus pelepasan karbon menjelang akhir tahun 2018.

Sistem panel solar ini mampu untuk menghasilkan 2.5-megawatt kuasa setiap hari dan ia disambungkan kepada enam pencawang Voltan Rendah (LV) yang terletak dalam kawasan kilang. Panel ini berfungsu untuk menjana kuasa untuk kilang pengeluaran, pejabat dan gudang.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Struktur ini merangkumi modul solar, penyongsang (inverter), kawalan pengawasan dan pemerolehan data (SCADA), kerja-kerja kabel arus berganti dan arus langsung, yang membolehkan penyaluran tenaga elektrik yang lebih lancar dan mengawal kuasa terkumpul. Dengan teknologi ini, Goodyear bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan kos elektrik sambil meningkatkan reputasi kilang hijau dengan mengurangkan jumlah pelepasan Gas Rumah Hijau.

Setiap panel diperbuat daripada 375W Bifacial Monocrystalline Perc Double Glass Solar Modules, yang berupaya mengurangkan kos penggunaan elektrik. Panel-panel ini dianggarkan mampu mengurangkan 1,980,433.37 kilogram pelepasan karbon setiap tahun dalam tempoh 25 tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply