ARKIB

KATEGORI

Buletin

Papan iklan tumbang akibat ribut dan angin kencang – Tindakan pantas PLUS bantu lancarkan trafik

Berita Tempatan

Views

Tindakan pantas PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengarahkan pasukan PLUSRonda dan pasukan penyelenggaraan Propel mengalihkan serpihan papan iklan yang tumbang akibat ribut dan angin berjaya membantu melancarkan pergerakan trafik dan memastikan keselamatan pengguna.

Kejadian tersebut berlaku di KM294.4 (Arah Selatan) berhampiran Persimpangan Bertingkat kira-kira jam 6:30 petang pada 7 April (Ahad). Sejurus menerima maklumat tersebut, pasukan PLUSRonda yang berada di lokasi segera menutup laluan untuk menghentikan pergerakan trafik buat sementara waktu bagi kerja-kerja pengalihan.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Lorong terbabit telah dibuka semula setelah ia selesai dan laluan terbabit selamat digunakan. Kejadian ribut dan angin kencang turut merosakkan beberapa buah lagi papan iklan di luar kawasan lebuh raya, namun tidak menghalang laluan.

Pada masa yang sama, PLUS memandang serius kejadian terbabit dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat untuk mencari penyelesaian berhubung isu kestabilan papan-papan iklan yang berada di luar kawasan lebuh raya demi melindungi keselamatan para elanggan yang menggunakannya.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

PLUS juga menggesa semua pihak yang terlibat menguruskan papan iklan di sepanjang lebuh raya, termasuk di luar kawasan lebuh raya supaya mengadakan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap kestabilan papan iklan masing-masing bagi mengelakkannya tumbang dan membahayakan pengguna lebuh raya dan penduduk berhampiran terutamanya pada musim angin kencang dan ribut.

PLUS amat menitik-beratkan aspek keselamatan di lebuh raya kendaliannya dan menasihatkan pelanggan supaya menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800 88 0000 atau memuat turun aplikasi PLUS Mobile menerusi Google Play Store atau App Store untuk mendapatkan maklumat trafik terkini dan merancang perjalanan mereka.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply