ARKIB

KATEGORI

Info

Papan pemuka bukan rak pameran, bahaya jika letak objek di atasnya – MKJR

Info

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) menasihati kepada para pemilik kenderaan yang gemar menghias kenderaan mereka dengan meletakkan aksesori/ objek di atas papan pemuka (dashboard) agar tidak berbuat demikian kerana ia berbahaya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata MKJR, ia boleh mengundang padah kepada pemandu atau penumpang kenderaan tersebut sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ini kerana, objek tersebut kebiasaannya diperbuat daripada bahan yang mudah pecah (kaca/ plastik) dan tajam serta tidak dilekatkan secara kekal di papan pemuka yang menjadi punca ianya mudah terpelanting ke arah anggota badan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu, meletakkan aksesori/ objek di papan pemuka kenderaan yang mempunyai fungsi beg udara juga akan menyebabkan sistem beg udara gagal berfungsi dengan baik kerana terdapat halangan. Lebih malang lagi objek di atas papan pemuka akan terpelanting ke arah pemandu dan penumpang dengan kelajuan yang tinggi apabila sistem beg udara berfungsi semasa kemalangan.

Ingat, papan pemuka kenderaan bukanrak perhiasan” atau “galeri pameran“. Pastikan ianya kosong tanpa ada apa-apa objek yang boleh mengganggu penglihatan pemandu atau menghalang sistem beg udara kenderaan anda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply