ARKIB

KATEGORI

Buletin

Para pengedar amat yakin dengan masa depan Proton bersama Geely

Views

Tak kenal maka tak cinta. Jika pada awalnya tidak semua pengedar Proton yakin dengan perjanjian dengan Geely, hasil dari lawatan ke Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay pada awal Mac lalu telah membuka mata mereka kepada masa hadapan yang lebih cerah. Ini kerana mereka telah menyaksikan sendiri teknologi yang sedang dibangunkan dan skop penyelidikan yang dilakukan oleh Geely.

Munauwir Mohd Khir dari Edaran Saga Sdn Bhd berpendapat, Geely mengambil kira setiap perincian, dari perancangan hingga ke pelaksanaan dilakukan secara terkawal dan prosesnya begitu teratur dari sesuatu ujian hingga ke produk akhir. Mereka juga mengikut dan amat mematuhi peraturan yang ketat dan ini adalah sangat baik. Pengeluar kereta yang baik perlu untuk mempunyai visi yang besar untuk syarikat, bukan sekadar membina kereta dengan menggunakan teknologi canggih tetapi apa yang lebih penting adalah kereta yang mesra alam seperti kereta elektrik dan hibrid.

Mohd Nazrin Mohamad Fozi dari Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd pula berkata, lawatan ke GRI ini tidak seperti yang dijangkakan. Beliau menikmati lawatan ke GRI kerana ia menonjolkan keupayaan teknologi Geely dan masa depan industri automotif. Bayangkan sekiranya teknologi-teknologi seperti ciri-ciri keselamatan canggih dan ciri-ciri terkini dimasukkan ke dalam kereta Proton, sudah pasti ia bakal menjadi peneraju utama kereta di Malaysia dan antarabangsa.

Hazree Hashim dari Vitalic Sdn Bhd, pula berkata, semasa berjalan di sekitar kawasan GRI, beliau berasa tenang dengan keadaan sekeliling. Peke rja melakukan kerja dengan tekun dan mereka kelihatan serius dengan kerja mereka.Persekitaran kerja adalah sangat baik dan mereka begitu fokus pada kerja mereka untuk memastikan hasil kerja yang berkualiti. Selain itu, lantai di kawasan itu juga sangat bersih dan ini adalah contoh kemudahan bertaraf dunia yang terbaik.

Selepas mengikuti lawatan ini, beliau percaya dan dapat memahami dengan lebih jelas perkembangan yang sedang berlaku di Geely serta bagaimana Proton akan memperoleh kelebihan daripada perkongsian ini dalam jangka panjang. Dari budaya kerja ke kilang, terdapat sistem dan aliran yang betul, untuk melakukan sesuatu. Pengeluaran yang terkawal dan semuanya kelihatan teratur. Beliau gembira dan bangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kumpulan lawatan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply