Tindakan seorang pemilik kenderaan elektrik (EV), Tesla Model 3 meletakkan keretanya di lintasan pejalan kaki membawa padah apabila ia diconteng menggunakan pen penanda.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook Mont Kiara Community, sebuah kenderaan jenama Tesla berwarna putih dilihat di parkir di lintasan pejalan kaki berhampiran kedai serbaneka.
Turut kelihatan perkataan ‘Park Properly Lah!‘ diconteng di bahagian but hadapan kenderaan tersebut menggunakan pen penanda berwarna hitam.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata warganet mengecam tindakan pemilik kenderaan tersebut selain mengingatkan sesama mereka supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi sama.
“Saya tidak tahu mengapa saya berasa sangat puas tetapi juga teruk pada masa sama. Begitu banyak tempat letak kereta tersedia di pusat beli-belah Kiara 163, LG3! Boleh beli kereta tapi tak boleh bayar parkir?,” kata Anne.
“Kereta pintar tidak menjadikan pemiliknya pintar,” kata Hitam Putih.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Walaupun tindakan ‘nakal’ ini melanggar undang-undang, pemilik kereta juga perlu mengambil tanggungjawab untuk tidak meletak kenderaan di tempat yang salah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan lalu lintas,” kata Nick.
“Anda menganggap merosakkan sesuatu adalah wira? Ikut peraturan, hubungi pihak berkuasa untuk menarik kereta, jangan ambil undang-undang ke tangan anda sendiri,” kata Tze.
“Saya harap pelaku tahu Tesla ada kamera keselamatan 360 darjah yang sentiasa merakam,” kata Wai. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit André Teow
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI