ARKIB

KATEGORI

Buletin

Parkir di lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai, 17 saman dikeluarkan

Berita Tempatan

Views

Pengguna jalan raya yang bersantai bagi menikmati pemandangan indah dengan memberhentikan kenderaan di bahu jalan di Jalan Temiang- Pantai dekat Seremban, dikenakan saman, semalam.

Menurut Harian Metro, dalam operasi yang bermula 5.30 petang itu, sebanyak 17 saman dikeluarkan kerana tindakan pemandu meletakkan kenderaan di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan kerana pemandangannya, namun tindakan segelintir pengguna jalan raya boleh mengundang kemalangan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Satu Operasi Halangan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban di laluan itu bagi mengelakkan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan itu yang boleh mengundang bahaya semua pihak.

Sepanjang operasi ini dijalankan sebanyak 17 saman dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,.

Beliau berkata, tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Tambahnya, pesalah juga boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

Jelas beliau, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply