ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pas perjalanan tanpa had 30 hari hanya untuk pemilik MyKad, MyTentera, MyKid

Views

Sebenarnya dalam pembentangan Belanjawan 2019, antara perkara yang kami paling setuju untuk pengangkutan adalah langganan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL. Berita Harian melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata langganan pas ini hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad, MyTentera dan MyKid.

Ini bermakna dengan penggunaan kad pengenalan warganegara Malaysia menerusi fungsi Touch ‘n Go bagi memastikan inisiatif itu hanya dinikmati oleh rakyat tempatan. Tambanya Loke lagi, pas perjalanan tersebut dijangka boleh mula dilanggan bermula 1 Disember ini dan digunakan bermula 1 Januari 2019. Langganan pas ini boleh dibuat di semua kaunter di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat hab bas iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Pas perjalanan ada untuk tempoh 30 hari dan ia bukan pas bulanan dan tempoh 30 hari adalah bermula daripada tarikh penggunaan pertama. Penggunaan pas perjalanan itu membabitkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT. Pada pembentangan Bajet 2019 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan untuk memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam. Selain itu, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply