ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasang Jalur Gemilang terbalik – Premis dikompaun RM500 dan diberi amaran

Berita Tempatan

Views

Susulan dari insiden memasang Jalur Gemilang terbalik hingga menimbulkan kemarahan warganet dan orang awam, sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Jalan Gambang (Sungai Isap) telah dikenakan kompaun RM500.

Menurut Berita Harian, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, berkata surat amaran turut diberikan kepada pihak pengurusan premis terbabit bagi memastikan insiden berkenaan tidak berulang lagi.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Katanya, MPK juga mengesahkan menerima jawapan surat tunjuk sebab dari pusat terbabit seperti yang diarahkan. Insiden tersebut tular di media sosial dan syarikat tersebut telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf menerusi laman Facebook rasminya.

Syarikat tersebut mengaku kesalahan mereka dan Insiden itu adalah suatu kesilapan yang tidak disengajakan dan telah diperbetulkan. Pihak UMW Toyota Motor juga memandang serius akan kejadian tersebut dan tidak berniat sama sekali untuk menghina bendera Jalur Gemilang mahupun negara Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda berkata dalam syarat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), ada dinyatakan bahawa pelesen atau pemilik premis perlu memasang bendera Jalur gemilang dan bendera negeri sempena Hari Kebangsaan atau Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Katanya, pemilik premis perniagaan juga boleh dikompaun maksima RM500 atas kesalahan atau digantung lesen perniagaan sekiranya gagal untuk berbuat demikian. Kami berharap kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply