ARKIB

KATEGORI

Tular

Pasangan kekasih buat ‘projek’ dalam Myvi putih direman empat hari, suspek lelaki ada rekod jenayah lampau

Tular

Views

Sepasang kekasih direman empat hari bermula 24 Mei bagi membantu siasatan atas tindakan mereka melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kereta pada 21 Mac lalu.

Perintah reman terhadap pasangan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 19 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurzihan Abdul Rehman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi, 21 Mei lalu.

Pihak polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian di kawasan letak kenderaan di Taman Tasik Bandar, Jalan Besar, Pasir Gudang.

Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 19 tahun itu ditahan secara berasingan di kediaman mereka di Tanjung Puteri Resort dan Taman Rinting, Pasir Gudang pada pukul 11 malam dan 11.45 malam.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih dan hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah.

Terdahulu, video berdurasi 42 saat itu tular dalam media sosial selepas dimuat naik pemilik laman sosial Facebook Izwan Mansur di ruangan Komuniti Scientex Pasir Gudang.

Rakaman itu memaparkan pasangan itu sedang melakukan perubatan tidak senonoh dan melanggar etika kesopanan di tempat awam. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply