ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan Isuzu Malaysia bakal sertai Kuching Marathon 2019 sambil mengumpul dana kebajikan

Berita Tempatan

Views

Tidak seperti tahun sebelumnya, untuk edisi Kuching Marathon tahun ini, Isuzu bukan hanya tampil sebagai penaja utama, tetapi akan turut serta dalam larian ini menerusi sebuah pasukan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Beliau akan disertai oleh Ketua Operasi Eksekutif Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki; Pengurus Besar, Kenkichi Sogo; Pengurus Kanan, Sean Sin; Pengurus Jualan, Andrew Law serta tiga orang eksekutif dan sembilan orang wakil media akan mewakili pasukan Isuzu. Mereka bakal menggalas cabaran untuk menamatkan larian masing-masing dengan jarak antara 5 km hingga 42 km bagi larian penuh.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Nakamura berkata, idea untuk menyertai acara ini adalah satu usaha untuk mengumpulkan dana kebajikan yang bakal disalurkan untuk kegunaan badan kebajikan tempatan. Beliau turut berharap  dapat menamatkan larian 10 km yang akan disertainya nanti.

Kuching Marathon 2019 bakal berlangsung pada 18 Ogos nanti dan pasukan ini meletakkan matlamat untuk mengumpul sebanyak RM17,000 yang akan disalurkan kepada dua pertubuhan kebajikan tempatan, Hope Place Kuching dan Persatuan OKU Kuching.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Sebahagian daripada dana yang akan dikumpul itu ialah melalui usaha dari pengedar-pengedar Isuzu di Sarawak, seperti Dai Max Automobile, KM Mobil dan Rhino Motors, sementara bakinya akan dikumpul secara dalaman oleh Isuzu Malaysia.

Kuching Marathon tahun ini dijangka bakal menyaksikan penyertaan seramai lebih daripada 11,000 orang peserta. Isuzu juga akan menyediakan beberapa buah Isuzu D-Max untuk digunakan sebagai kenderaan pendahulu bagi larian berkenaan, dan membawa para pegawai serta wakil media sepanjang acara itu berlangsung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply